Latest News

Friday 12 December 2014

PUNCA masalah setinggan Sabah: Apa Hubungan PATI Dengan UMNO?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Masalah setinggan di Sabah oleh FB Luke JS Biajin (screenshot)

ORANG GILA ini memberi komen lagi! Kononnya, setinggan di Sabah merata-rata dan dikaitkan pula dengan UMNO. Komen seperti ini, memang mengesahkan bahawa tentera 'red bean' ini sudah meletakkan otaknya dilutut dan matanya telah buta!

Dia memberi komen di mana orang celik tidak mampu melihat dan disebabkan dia buta, maka dia  membayangkan semua dakwaan itu di fikirannya yang sudah biul.

Setinggan, di Sabah sebenarnya diasaskan oleh orang tempatan sendiri yang berhijrah daripada kampung ke luar bandar. Mengapa pihak berkuasa tempatan gagal membendung setinggan? Sebabnya, mereka-mereka itu adalah orang tempatan malah ada juga kakitangan majlis perbandaran kategori buruh  merupakan penghuni setinggan itu. This is the truth. Ini hakikat!

Mereka yang beranggapan selama ini punca setinggan adalah PATI, sebenarnya hanya anggapan atas sebab tiada bukti mengarah kepada dakwaan itu.

Malah menerusi laporan RCI, setinggan sebenarnya dimulakan oleh penduduk tempatan. Kemudian menyalahgunakan  keadaan itu dengan menyewakan rumah-rumah setinggan mereka kepada PATI yang menyebabkan PATI membentuk koloni. Jadi, jangan sekali-kali cuba memesongkan fakta.

Oleh kerana pemilik rumah-rumah setinggan itu adalah orang tempatan, maka pihak-pihak Majlis Daerah sukar bertindak merobohkan rumah-rumah seperti itu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook