Latest News

Thursday 4 December 2014

PUNCA Sijil Kelahiran PATI?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Warga Sabah : Sijil kelahiran Kepada Anak PATI ? Oleh Web SMS NEWS PORTAL  (screenshot1) (screenshot2)

ISU ini adalah isu lapuk! Kerajaan telah memutuskan TIDAK LAGI mengeluarkan sebarang SIJIL LAHIR kepada PATI sebaliknya hanya KETERANGAN LAHIR.

SIJIL LAHIR walaupun dikeluarkan sebelum ini, BUKANLAH pasport untuk mendapatkan MyKad atas sebab kad pengenalan tersebut hanya untuk anak-anak yang mempunyai SIJIL LAHIR bila mana kedua ibu bapanya adalah warganegara atau salah seorang adalah warganegara.

Bukti bahawa kerajaan atau khasnya Jabatan Pendaftaran Sabah (JPN) tidak memberikan MyKad kepada mereka yang daftar lewat sijil kelahiran, terbongkar di Beluran pada bulan Oktober 2014 yang lalu apabila ramai kanak-kanak daripada suku kaum Murut di pedalaman kawasan itu tidak dapat menyambung persekolahan atas sebab ketiadaan MyKad. Tinjauan itu adalah hasil lawatan kerja sendiri oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak iaitu Tan Sri Richard Malanjun.

Sebenarnya prosedur JPN sebelum ini, SIJIL Lahir di antara kanak-kanak Warganegara dan Bukan Warganegara adalah berlainan warna dan catatan dalam sijil itu jelas menunjukkan perbezaan BUKAN WARGANEGARA DAN WARGANEGARA.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook