Latest News

Monday 29 December 2014

PUTAR BELIT KENYATAAN PM

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Bermaksud apa yang kita kata selama ini... Oleh FB Page The future of Sabah/Sarawak (screenshot)

KALAU Perdana Menteri berkata, bahawa beliau menginginkan ramai rakyat Sabah menjadi Ketua Jabatan Kerajaan ditempatkan di Putrajaya, ertinya kenyataan itu merupakan satu cabaran kepada rakyat Sabah untuk maju dan mempunyai merit setanding dengan rakyat lain agar boleh dilantik menjawat kepada jawatan-jawatan tinggi.

Kenyataan itu bukan mengakui kegagalan Perjanjian Malaysia 1963 akan tetapi menzahirkan semula peluang-peluang kepada rakyat Sabah.

Menduduki sesuatu jawatan yang tinggi, bukanlah boleh dibuat seperti salin dan tampal. Akan tetapi seseorang yang dilantik itu perlu mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang yang diperlukan.

Memang benar, ramai rakyat Sabah yang mempunyai kelayakan universiti, namun pada masa yang sama ramai juga rakyat lain mempunyai kelayakan yang mempunyai keputusan yang lebih baik. Sebagai bukti, apabila rakyat Sabah mempunyai merit yang sama, maka ramailah rakyat Sabah dilantik ke jawatan-jawatan persekutuan, antara lain seperti menjawat sebagai Pengarah Pendidikan Sabah di mana nombor satu ke nombor 5 adalah rakyat Sabah. Demikian juga Jabatan Pendaftaran Negara, Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan banyak lagi.

Kenyataan Peter Marajin itu sebenarnya telah ditolak rakyat! Disebabkan itulah pada PRU-13 lalu, beliau hampir kehilangan wang deposit semasa turut bertanding di DUN Kedamaian, Kota Belud.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook