Latest News

Thursday 4 December 2014

RAHSIA SEBENAR Konspirasi Jatuhkan Musa DIDEDAHKAN!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Konspirasi Jatuhkan Musa Aman ? Oleh Web SMS NEWS PORTAL (screenshot1) (screenshot2) (screenshot3)

TIADA isu konspirasi jatuhkan Musa di sini walaupun berlaku tindakan G-8 yang berjumpa dengan Perdana Menteri pada Julai lalu.

Walaupun seramai 8 Ketua Bahagian UMNO di kawasan bermajoriti kaum KDM yang berjumpa dengan Perdana Menteri, di mana salah seorang bercakap tentang 'SOAL' peralihan kuasa. Pengertian itu telah disalah tafsirkan atas sebab cara penyampaian seorang Ketua Bahagian itu semasa berucap pada Mesyuarat Bahagian yang diketuainya sendiri.

Peralihan kuasa di Malaysia senantiasa berlaku tidak kira lambat atau cepat. Di Sabah untuk pada masa ini, malah selepas tahun 2020 dijangka tidak akan berlaku peralihan kuasa kerana kepimpinan yang ada sekarang masih diperlukan oleh majoriti rakyat.

Kekuatan Musa adalah terletak pada sokongan komponen parti selain dari sokongan kuat Ketua-Ketua Bahagian UMNO. 

Pada persidangan bahagian UMNO pada tahun ini, telah disepakati oleh semua ahli bahawa UMNO mengamalkan kepada SATU KETUA seperti sebuah kereta api yang di sana ada kepala di situlah gerabak akan ikut sama.

UMNO menjadikan kerja berpasukan sebagai cara bekerjasama di dalam satu parti. Oleh itu, cakap berkaitan konspirasi menjatuhkan Musa sebenarnya adalah tidak wujud!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook