Latest News

Tuesday 2 December 2014

RCI Di Mata Pembangkang


RCI berkaitan PATI di mata pembangkang adalah untuk mencari dalang dan menghukum dalang itu; sementara bagi BN pula selain mencari dalang juga mencari cara penyelesaiannya.

Persoalannya, berjayakah RCI mencari dalang? kalau berjaya, bagaimana menjatuhkan hukuman? Negara ini negara undang-undang,  tidak semudah itu menghukum?

Sebagai contoh, kes sodomi II, meskipun berlaku sejak tahun 2008, hingga kinipun belum selesai. Pendek kata, tidak mudah menjatuhkan hukuman kepada seseorang.

Kes pencerobohan Kg Tandauo pada Mac 2013, meskipun ramai pasukan keselamatan terbunuh, dan penceroboh juga ramai yang mati; sementara dalang-dalangnya berjaya ditangkap; hingga kini masih di bicarakan di mahkamah.

PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) yang tidak mempunyai dokumen; akan terus digempur; hanya masa menentukan, akan bila semua PATI ditangkap, dipenjara, kemudian di hantar pulang ke negara asal mereka.

Ada yang mendakwa pihak kerajaan terlibat membawa PATI; satu dakwaan karut. Sebabnya, tiada kerajaan di dunia ini, mahu membawa masuk rakyat asing untuk bersaing dengan rakyat sendiri.

Kehadiran PATI, memaksa kerajaan berbelanja jutaan ringgit, membina depo-depo tahanan, memberi makan minum, selain kos logistik menghantar pulang ke negara asal mereka.

Sebenarnya, persepsi selama ini, kedatangan PATI didalangi oleh pihak-pihak tertentu dalam industri perladangan, pembinaan dan perdagangan manusia.

Sejak tahun 80-an, kerajaan telah menjalankan berbagai cara untuk membaci PATI, melalui berbagai operasi, seperti pemutihan; pengampunan dan sebagainya. Namun, ada juga PATI yang tidak dapat dikesan, atas sebab disembunyikan oleh majikan-majikan mereka.

Tahun 90-an, ada operasi sulit yang dijalankan oleh pihak-pihak tertentu, di mana operasi itu bersifat bisnes. Berjuta ringgit bertukar tangan, sehingga memungkinkan beberapa orang menjadi kaya raya secara mee segera.

Operasi sulit ini, bukan restu kerajaan, namun dilakukan oleh sindiket, yang berjaya merekrut pegawai-pegawai Jabatan Pendaftaran negara.

Persoalannya, mereka yang membayar sekian banyak wang itu untuk mendapatkan kad pengenalan warga negara;  apa kah telah mendaftar sebagai pengundi? jika telah mendaftar, maka di sini carian RCI berfungsi. Sudah tentu, RCI mendapat klu, nombor siri Kad Pengenalan yang termasuk dalam perbuatan sindiket.

Sebelum ini, telah disebar luaskan, kononnya nombor siri H05XXXXX, sebahagiannya merupakan kad pengenalan yang dikategorikan mencurigakan. Jika nombor siri itu disahkan oleh RCI, maka mudahlah tugas Tan Sri Pairin Kitingan, atas sebab, boleh sahaja, pemegang kad pengenalan itu ditarik balik. Jika nombor siri itu ditarik balik, dan jika terdapat penduduk asal di sebahagian daripadanya; maka penduduk itu boleh membuat rayuan atau semakan. Masalah yang bakal dihadapi adalah, jika seseorang rakyat asal terbatal kad  pengenalannya, maka kerajaan berhadapan dengan saman.

Persoalan berikutnya; pemegang Kad Pengenalan itu, mungkin sudah beranak pinak, malah bercucu; dan mungkin sudah berkahwin dengan penduduk asal. Jika demikian; apa kah tindakan kerajaan berdepan dengan keadaan ini?

Melalui Jabatan Pendaftaran Negara, jika terdapat susur galur pemeggang Kad pengenalan itu, maka mudah untuk ditelusuri; persoalannya; locus standi tindakan, daripada segi undang-undang kewargaan negara. Di sinilah berlaku impikasi undang-undang yang rumit dan untuk menyelasaikannya, akan memerlukan masa yang panjang.

Tindakan awal, adalah memberisihkan daftar pengundi; dengan mengeluarkan pendaftar yang mencurigakan; jika iapun dilakukan; tidak mungkin memuaskan semua pihak, terutama pembangkang.

Perlu dingat; mereka yang mendapat Kad Pengenalan yang dilakukan sindiket pada tahun 90-an bukan hanya terhad kepada PATI daripada Filipina atau Indonesia, tetapi meliputi warga China dan Taiwan, India dan Pakistan. Pihak-pihak tertentu dalam sindiket mendapat bayaran yang cukup tinggi yang melibatkan kaum cina.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook