Latest News

Wednesday 24 December 2014

RCI: KENAPA TIADA PERKATAAN “ROYAL”???


ASAS kepada RCI adalah Commission of Enquiry Act 1950 (Revised 1973). Dalam akta itu tidak disebutkan perkataan “Royal”. Perkataan “royal” timbul atas sebab negara kita berkonsepkan Raja Berperlembagaan.

Mereka yang mempersoalkan mengapa Laporan RCI yang diumumkan pada 3 Disember lalu tidak terdapat perkataan “royal” sebabnya kerana mereka tidak membaca  asas kepada Akta yang disebutkan di atas.

Bukan atas paksaan atau campur tangan pihak kerajaan penyebab mengapa dalam Laporan RCI setebal 368 muka surat itu tidak membawa perkataan “royal”  kerana akta yang digunakan untuk menubuhkan siasatan itu tidak mencantumkan perkataan “royal”. Maka, mengapa “royal” tiada dalam Laporan RCI itu adalah sudah terjawab.

RCI PATI Sabah ditubuhkan pada Ogos 2012 sebelum PRU-13. Penubuhannya terpaksa dipercepatkan ekoran peletakan Jawatan Timbalan Presiden UPKO, Datuk Welfred Mojilip Bumburing yang juga MP Tuaran pada masa itu.

Bumburing adalah seorang wakil rakyat BN yang sangat lantang berkaitan penubuhan RCI sebelum menyertai pembangkang.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook