Latest News

Thursday 25 December 2014

RCI: Pairin Tempelak Kit Siang


YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH PAIRIN KITINGAN menempelak Lim Kit Siang apabila menerima iawatan sebagai Pengerusi Pengurusan PATI Sabah.

Sebelum ini, Kit Siang beberapa kali membuat spekulasi bahawa Presiden PBS merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah itu seolah-olah menolak pelantikan yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

Bagi memperkuat hujah, pemimpin DAP itu membuat pelbagai persepsi bahawa semasa mesyuarat pertama Ahli Jawatankuasa itu, Pairin tidak hadir.

Walaupun Pairin yang sedang bercuti semasa mesyuarat pertama itu, namun beliau mengikuti dengan dekat perkembangan berkaitan PATI terutama tindakan-tindakan kerajaan negeri yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah.

Semalam, sebaik sahaja pulang dari bercuti, Pairin dengan tegas menolak spekulasi Lim Kit Siang bahawa beliau teragak-agak untuk menerima jawatan sebagai Pengerusi Pengurusan PATI Sabah ekoran Laporan RCI yang diumumkan pada 3 Disember yang lalu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook