Latest News

Tuesday 2 December 2014

Royaliti Dan Peruntukan Bagi Sabah


SEJAK tahun 1976-2013; jumlah royalti minyak daripada Petronas yang diterima Sabah hanya RM9.2 bilion; berbanding peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk tahun 2013 sahaja RM11 bilion.

Bayaran royalti oleh Petronas berasaskan 5% kepada pengeluar minyak dan 5% kepada Kerajaan Persekutuan.  kalaulah 10% diberikan kepada Sabah, maka jumlahnya adalah RM18.4 bilion; namun Sabah menerima RM 20.2 bilion, hanya untuk pemberian tahun 2013 sahaja, bayangkan kalau dicampur dengan peruntukan dari tahun 1976-2012?. Menurut data, Kerajaan Persekutuan memberi peruntukan purata RM4.8 bilion setahun; ertinya selama 36 tahun peruntukan yang diterima Sabah berjumlah RM172.8 bilion; 10 kali ganda jumlah royalti minyak jika berasaskan 10% dan 20 kali ganda berasaskan 5%.

Melihat kepada angka-angka ini, sebenarnya Kerajaan Persekutuan telah bertanggungjawab kepada Sabah.

Mengapa peruntukan itu tidak kenampakan? sebabnya keluasan Sabah terlalu besar. Bayangkan sahaja keluasan parlimen Kinabatangan seluas negeri Pahang; sementara keluasan parlimen kota Belud, lebih luas berbanding Negeri Perlis.

Ada pihak, mendakwa kononya hak-hak Sabah telah dirampas? hak yang mana? Imigresion? cukai? pendidikan? tanah? Mereka tidak dapat menunjukan hak yang mana, mereka hanya bercakap ikut sedap mulut; tanpa dapat mengemukakan bukti-bukti kukuh.

Mereka hanya bercakap soal-soal remeh, yang tidak memberikan makna apa-apa, misalnya Sambutan Hari Malaysia; batu sumpah dan segala titik bengik.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook