Latest News

Wednesday 3 December 2014

Royaliti Minyak - Musa Pernah Minta Lebih Tinggi

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) MUSA PERNAH TUNTUT ROYALTI LEBIH TINGGI oleh Web Suara Sabah (screenshot1) (screenshot2) (screenshot3)

MEMANG BENAR dakwaan bahawa Datuk Musa Aman pernah minta royalti minyak lebih tinggi dan permintaan itu merupakan salah satu manifesto BN Sabah pada PRU-13 yang lalu.

Namun, selepas perbincangan dengan pihak Petronas dan Kerajaan Persekutuan, satu mekanisme ditemukan bahawa adalah menguntungkan negeri Sabah sendiri apabila mengambil kira penglibatan Petronas dan Sabah dalam industri hiliran berbanding kenaikan kadar royalti minyak.

Musa yang berlatar belakang seorang usahawan tentu faham dan mengerti impak kepada kaedah baru itu. Oleh sebab itu, Sabah kini bergiat dalam bidang pengkhususan minyak dan gas sementara syarikat Petronas membina industri hiliran seperti kilang baja di Sipitang.

Industri hiliran secara jangka panjang memberi manafaat kepada rakyat Sabah terutama generasi muda kerana industri ini dapat membuka peluang pekerjaan baru kepada rakyat khususnya golongan muda.

Pertimbangan Musa untuk bersetuju melalui kaedah baru itu berbanding kenaikan royaliti kerana melalui pelaburan semula Petronas yang membawa nilai yang cukup besar kepada Sabah secara umumnya berbanding menaikkan royalti itu sendiri. Cuba perhatikan, sekiranya 5 peratus RM1 bilion, 10 peratus bagi RM2 bilion dan 20 peratus bagi RM4 bilion, hasilnya syarikat Petronas wajib membayar 10 peratus atau lebih. Maka, Petronas dengan sendirinya berhenti beroperasi di kawasan Sabah atas sebab menerima keuntungan kecil dan susut nilai. Sekarang baru tahu?
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook