Latest News

Monday 22 December 2014

FAKTA RUMPUN MELAYU

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) TOLAK MASIDI. Memalukan “KDM”, ME 'MELAYU' kan DUSUN!! ... Oleh FB Page Remove Musa Remove UMNO Sabah (screenshot)

YB DATUK Seri Panglima Haji Masidi Manjun dikecam oleh kaumnya sendiri KDM kerana berfikiran besar agar supaya kaumnya berada dalam kumpulan bangsa yang besar.

Satu ketika Imelda Marcos pernah memberitahu secara lisan kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia bahawa mantan isteri Diktator Filipina Ferdinand Marcos sangat bangga kerana merupakan sebahagian daripada "Malay Stock" atau rumpun melayu.

Masidi membuka peluang kepada bangsanya untuk menjadi sebahagian kaum besar di negara ini. Pengertian beliau bahawa melalui bangsa besar sahaja sesuatu bangsa boleh menjadi pemimpin utama sesebuah negara.

Masidi tidak pernah berkata bahawa KDM dimelayukan. Beliau hanya berkata bahawa mengikut sejarah semua bangsa yang mendiami nusantara ini adalah rumpun melayu atau malay stock.

Beliau tidak salah dalam memberi hujaan itu kerana itulah hakikatnya. Namun kaumnya yang berfikiran sempit sukar menerima kenyataan itu kerana hanya mahu melihat masa kini dan langsung tidak mahu melihat masa lalu.

Di Semenanjung, suku Jawa, suku Aceh, suku Bugis, suku Minang dan sebagainya mengaku sebagai bangsa Melayu. Namun, mereka tidakpun kehilangan adat istihadat mereka mahupun kehilangan bahasa mereka. Ada di kalangan mereka menjadi pemimpin utama negara. Sebagai contoh, Najib adalah berketurunan Bugis manakala Zahid Hamidi pula Jawa. Sementara Hishamuddin mempunyai darah berbangsa Turki. So what??? Masidi betul dalam pemahamannya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook