Latest News

Monday 29 December 2014

SABAH DAN MALAYSIA BERPISAH TIADA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) kalau SSKM hanya omong-omong di FB, kenapa menteri perlu mengeluarkan… Oleh FB Page The future of Sabah/Sarawak and the Federation of Malaysia (screenshot)

SELAMANYA, Sabah akan terus bersama Malaysia. Selain daripada kehendak rakyat akan tetapi itulah hasrat Pengasas Kemerdekaan Sabah, Tun Datu Haji Mustapha Datu Harun dan Tun Mohammad Fuad Stephens. 

Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Dato' Seri Mohd Shafie Apdal dalam satu kenyataan baru-baru ini, bahawa Sabah berdepan dengan kawalan sempadannya atas sifatnya yang dikelilingi oleh negara jiran yang sedang bergolak. Selain itu, tuntutan ke atas Sabah oleh Filipina belum dimansuhkan.

Sabah dengan penduduk kurang daripada 3 juta manakala jumlah rakyat negeri ini yang sanggup menjadi anggota keselamatan adalah cukup rendah. Maka, jika Sabah bukan merupakan satu wilayah yang berdaulat, besar kemungkinan akan berdepan dengan taklukan negara luar.

Sebelum merdeka, Sabah sudah menjadi isu negara-negara jiran temasuk Tindakan "Ganyang Malaysia" Tahun 1965.

Shafie membuat kenyataan demikian, ekoran ada cakap-cakap di laman sosial yang dipelopori oleh SSKM. Adalah lebih baik mengambil pendekatan pencegahan berbanding pengubatan. Juga tindakan Shafie itu, adalah tindakan seorang pemimpin yang prihatin kepada rakyat negeri ini, agar mengetahui tindak tanduk segelintir rakyat yang telah menjual diri kepada penjajah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook