Latest News

Wednesday 17 December 2014

SABAH SELAMANYA BERSAMA PERSEKUTUAN MALAYSIA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kuasa Berpisah DiTangan Sabah Oleh Blog Jangan Buyuk Bah (screenshot)

SINGAPURA KELUAR/DITENDANG DARIPADA PERSEKUTUAN MALAYSIA ATAS SEBAB KEPUTUSAN POLITIK. KEBERADAAN NEGERA ITU DALAM PERSEKUTUAN MALAYSIA LEBIH BANYAK BURUKNYA BERBANDING KEBAIKAN. DIKELUARKAN SINGAPURA DARIPADA MALAYSIA BUKAN SEBAB PENGURUSAN YANG BERKAITAN TANDATANGAN SEPERTI YANG DIBANGKITKAN OLEH BLOG JANGAN BUYUKSABAH. ULASAN PADA BLOG ITU HANYA DAKWAAN 'AFTER THOUGHT' DAN BERUNSUR PUTAR BELIT.

YANG BENAR ADALAH SEPERTI BERIKUT:-

PEMBENTUKAN Persekutuan Malaysia adalah satu kesatuan yang kekal atau “Ikatana perkahwinan yang kekal!”. Ertinya mudah iaitu tidak timbul perpisahan. Sebarang perpisahan adalah tidak dibenarkan dan ianya melanggar perlembagaan negara. Setiap rakyat perlu faham terutama rakyat Sabah dan Sarawak bahawa kewujudan negara adalah untuk selama-lamanya.

Perkara 20 bagi Sabah dan Perkara 18 bagi Sarawak adalah satu dokumen pre-pembentukan Persekutuan Malaysia. Ertinya dokumen-dokmen tersebut merupakan satu kehendak pengasas pembentukan Persekutuan dan selama-lamanya perlu dihormati dan dipatuhi. Melalui dokumen itu sendiri menunjukkan bahawa tindakan perpisahan tidak dibenarkan. Jika itu berlaku, maknanya hasrat pengasas kemerdekaan daripada Sabah dan Sarawak tidak dihormati!

Sebenarnya, Sabah hanya merdeka pada 16 September 1963 apabila Gabenor terakhir British Sir William Goode hanya meninggalkan Sabah pada tengah malam 15 September 1963.

Memang benar Perjanjian Pembentukan Malaysia (Malaysia Agreement) ditandatangi di London pada 9 Julai 1963 bersama-sama Kerajaan United Kingsdom, Persekutuan Malaya, North Borneo, Sarawak dan Singapura. Semasa menandatangani perjanjian itu, Sabah diwakili oleh Tun Fuad Stephens, Tun Datu Mustapha Harun, WKH Jones, Datuk Khoo Siak Chiew, Colonial State Secretry Stephen Holley dan Datuk G.S. Sundang. Dalam perjanjian itu, Perjanjian Malaysia 1963 mengandungi 11 Perkara (artikel) dan berkuatkuasa pada 16 September 1963.

Perkara 20 dan 18 hanya merupakan sebahagian daripada sekian banyak dokumen yang digunapakai dalam merumuskan 11 Perkara yang dijadikan sebagai Perlembagaan Malaysia 1963.

Jika sekiranya terdapat perkara-perkara yang termaktub dalam perlembangaan itu adalah penyebab kepada kuasa negeri terhakis, penyebabnya adalah tindakan negeri itu sendiri. Sebagai contoh bagi Sabah pada tahun 1973, telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri berhubungan dengan agama, dan menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kepada Bahasa Melayu. Penghakisan kuasa itu bukan disebabkan oleh rakan kongsi Malaya. Akan tetapi oleh rakyat Sabah sendiri melalui para wakil rakyat negeri itu.

Apa yang dipersoalkan sekarang adalah berlakunya perubahan istilah pada tahun 1976 apabila mengkategorikan Sabah dan Sarawak setaraf dengan 11 negeri-negeri lain di Malaya dan menggun apakai bahawa Hari Kemerdekaan adalah pada 31 Ogos 1957 yang disesuaikan dengan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura.

Setakat ini, tiada sebarang dokumen yang menerangkan bahawa DUN Sabah dan Sarawak telah bersetuju dengan perubahan istilah itu. Keadaan inilah yang dipersoalkan oleh mereka yang anti kepada Persekutuan Malaysia. Mereka-mereka ini menuduh Malaya sebagai dalang kepada perubahan itu atas sebab semasa perubahan itu dilakukan, negara masih dalam keadaan darurat atas sebab darurat yang diistiharkan akibat peristiwa 13 Mei 1969 masih belum ditarik balik.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook