Latest News

Saturday 13 December 2014

SALAH PENGERTIAN Mengenai Kad Pengenalan Biru Sabah


SEBENARNYA Kad Pengenalan Biru bukan bukti sebagai rakyat Malaysia. Ianya hanya keterangan tentang kerakyatan. Dengan kata lain, seseorang perlu menjadi rakyat dahulu sebelum diberikan Kad Pengenalan biru. Kerakyatan boleh diperolehi melalui penguatkuasaan undang-undang atau naturalisasi atau pendaftaran

Di Sabah, pendaftaran bermaksud mereka yang diperakukan sebagai salah satu etnik Sabah merupakan rakyat negeri. Ianya tercermin pada sijil kelahiran atau sijil akuan. Kemudian maklumat itu disimpan melalui HNR10 bermula tahun 1972 atas permintaan pengasas Kemerdekaan Sabah Tun Mustapha Harun dan Tun Mohd Fuad Stephens. Asas  permintaan itu, menyebabkan ramai penduduk Sabah tidak mempunyai sijil lahir. Lalu, permintaan itu dimasukkan sebagai klausa dalam Akta Pendaftaran tahun 1972.

HNR10 mengandungi maklumat penduduk Sabah yang disahkan oleh ketua kampung dan seterusnya mahkamah majistret. Dalam HNR10 itu dinyatakan bahawa maklumat seseorang itu apakah tergolong daripada 32 etnik Sabah ditambah dengan nama kampung yang telah digazetkan sebagai perkampungan.

Penggunaan Surat berkanun untuk membuktikan kerakyatan telah dibatalkan secara pentadbiran pada 1 April 1987 disebabkan unsur penyalahgunaan. Pihak kerajaan mendapat maklumat sulit ada satu sindiket penambahan penduduk Sabah melalui surat berkanun kerana adanya trend kenaikan jumlah penduduk Sabah. Sangkaan kerajaan itu menjadi benar apabila bancian penduduk tahun 1991 mendapati pertambahan penduduk Sabah pada paras 78 peratus yakni, satu pertambahan paling tinggi sejak Sabah menjadi sebahagian daripada Malaysia. (Penduduk Sabah Tahun 1980-1,011,040; Tahun 1991-1,734,685).


Walau bagaimanapun, asas kecurigaan kerajaan berkaitan dengan pertambahan penduduk kemudian tersebar dan kemudian menjadi persepsi sebagai satu projek oleh sesetengah pihak tidak dapat dibuktikan melalui pemberian kad pengenalan biru. Data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), warga pendatang yang diberikan kad pengenalan biru dari tahun 1963 sehingga 31 Ogos 2013 hanya sebanyak 68,703 ribu orang.


Didapati juga melalui penyalahgunaan itu (BUKAN MERUJUK KEPADA 68,190), pemohon merupakan 'biang kerok' utama dengan cara menipu ketua kampung, seterusnya ketua daerah serta daerah-daerah tertentu. Cara penyalahgunaan ini akhirnya menjadi kronik apabila timbul kepentingan kewangan antara pemohon dan seterusnya kepada para pegawai yang mengambil rasuah. Ada pihak tertentu beranggapan terdapatnya lebih 80,000 kad pengenalan biru didaftarkan kepada daftar pemilih dan masih belum diputihkan. Namun, menurut Suruhanjaya Pilihanraya Daftar pemilih bagi Sabah telah mengeluarkan lebih 78,000 ribu kad pengenalan yang dicurigai sebelum PRU-13.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook