Latest News

Tuesday 16 December 2014

SIAPA KATA MALAYA MENJAJAH SABAH DAN SARAWAK?


MEREKA yang berkata Sabah dan Sarawak DIJAJAH Malaya adalah mereka yang buta sejarah, buta pada peta dan buta fakta.

Kerajaan Persekutuan adalah gabungan pelbagai pemimpin daripada Sabah, Sarawak dan Malaya; yang dilandaskan kepada komposisi parti dalam BN.

Kerajaan Persekutuan dibentuk berasaskan konsep berparlimen yang diterjemahkan melalui jumlah kerusi.

Kerusi-kerusi parlimen pula ditentukan oleh jumlah pengundi pada satu-satu kawasan.

Akta Pilihan Raya 1958 di negara memperuntukkan bahawa penentuan jumlah kerusi adalah berasaskan kepada jumlah penduduk, keluasan, fasiliti dan kemudahan-kemudahan lainnya seperti sekolah, klinik kesihatan, balai polis dan sebagainya.
Penduduk Malaysia berjumlah 27 juta penduduk dan 5 juta orang daripada rakyat Sabah dan Sarawak. Jumlah kerusi Parlimen pada masa ini adalah 222 kerusi, 165 berada di Semenanjung Malaysia dan 57 kerusi berada di Sabah dan Sarawak. 22 juta penduduk Malaya diwakili oleh 165 kerusi iaitu setiap kerusi berpurata seramai 133,133 ribu orang. Manakala bagi Sabah dan Sarawak hanya 87,720 ribu orang setiap kerusi parlimen.

Meskipun jumlah orang lebih rendah bagi Sabah dan Sarawak, namun keluasan kawasan parlimen bagi kedua-dua negeri itu diambil kira.

Pada setiap pilihan raya umum, Sabah dan Sarawak adalah penentu kerajaan persekutuan. Ini bermakna, Sabah dan Sarawak bukanlah dijajah sebaliknya berkongsi atau sama-sama membentuk Kerajaan Persekutuan.

Parti terbesar  dalam BN adalah UMNO. Setiap pilihanraya, parti itulah yang mempunyai banyak kerusi. Tahun 2013 daripada 133 kerusi parlimen dimenangi BN. UMNO menyumbang 88 atau 66.2 peratus dan bakinya disumbangkan oleh komponen seperti PBB, PBS, UPKO, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain. BN juga mempunyai 13 buah parti komponen.

Pada PRU-13 yang lalu, BN Malaya menyumbang 85 kerusi parlimen manakala Sabah dan Sarawak 48 kerusi. Daripada 48 ahli parlimen, 13 dilantik sebagai menteri penuh persekutuan manakala 11 sebagai timbalan menteri. Ini hanya termasuk kepada perlantikan Jemaah Menteri sahaja yang tidak termasuk Speaker dan Timbalan Speaker yang juga dilantik kepada wakil rakyat yang berasal daripada Sabah dan Sarawak. Jika diambil kira juga maka jawatan Speaker dan Timbalan Speaker adalah sebanyak 55 peratus lantikan kepada Yang Berhormat daripada Sabah dan Sarawak merupakan sebahagian daripada pengubal dasar negara. Justeru, ianya belum lagi termasuk pengerusi-pengerusi GLC persekutuan seperti Bung Moktar Radin.

Dakwaan beberapa pihak tertentu terutama saudari Doris jones daripada SSKM dan pencacainya yang mendakwa bahawa Malaya menjajah Sabah dan Sarawak.adalah dakwaan KARUT dan disengajakan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook