Latest News

Thursday 25 December 2014

SIAPA PELINDUNG PATI?? Sila Baca...


KOTA KINABALU, Di Mahkamah pada 17 Disember lalu, tiga warga tempatan didakwa kerana melindungi PATI. Seorang tempatan yang bernama Edwin Wong Yoon didakwa kerana memberi kerja kepada tiga PATI warga Filipina di Restoran miliknya 33 Seafood Restaurant di KK Taipan, Inanam. Seorang lagi rakyat tempatan Lee Kian Shiong juga didakwa kerana melindungi empat PATI warga Indonesia.

Seharusnya, mereka yang bising sangat tentang PATI dan menuding jari kepada kerajaan terutama UMNO, perlu melihat bahawa PATI bukannya disebabkan oleh kerajaan atau UMNO akan tetapi oleh orang tempatan sendiri terutama peniaga yang suka mengaut keuntungan.

Mengapa mereka yang terlalu gemar menudingkan jari kepada kerajaan berkaitan PATI tidak mahu bersuara dan mengakui bahawa PATI membanjiri Sabah atas sebab perbuatan para peniaga dan orang tempatan sendiri?

Selain angkara peniaga membanjirnya PATI, juga ada angkara orang kita yang berkahwin dengan PATI. Sebagai contoh, di mahkamah yang sama seorang yang mengaku bernama Rahim Nordin seorang warga Indonesia berketurunan Bugis didakwa kerana memiliki kad pengenalan palsu dan lesen memandu palsu. Rahim telah berkahwin dengan orang tempatan dan sudah pun mempunyai dua anak hasil perkahwinannya dengan orang tempatan itu.

Selagi orang tempatan masih melindungi PATI, sebarang tindakan kerajaan tidak akan berjaya. Kerajaan mendirikan tembok melalui ESSCOM/ESSZONE di pantai Timur Sabah untuk menghalang kemasukan PATI ke Sabah. Namun, jika orang tempatan tidak berkerjasama maka tindakan kerajaan itu menjadi tidak akan efektif.

Sepatutnya, orang seperti Datuk Wilfred Mojilip Bumburung, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan para pemimpin UPKO lain seperti Datuk Madius Tangau seharusnya berkempen dan memberi pencerahan kepada mereka-mereka yang menjadi dalang ini kerana atas sebab merekalah faktor PATI membanjiri Sabah.

Selain itu, faktor penyumbang kepada PATI adalah perkampungan setinggan. Tindakan kerajaan untuk menghapuskan setinggan dengan memindahkan orang tempatan yang menjadi penggalak kepada setinggan turut dipolitikkan. Pemindahan penduduk Pulau Gaya ke satu lokasi di Papar Sabah selain dipolitikkan, juga diburukkan dengan dakwaan kononnya mereka yang dipindahkan itu adalah PATI.

Kini, kewujudan perkampungan setinggan masih wujud di Kg Inanam Laut dan di kawasan sekitarnya. Apa yang menyedihkan kampung setinggan itu kebanyakan dihuni oleh orang tempatan sendiri dan jikalau pun tidak, rumah-rumah mereka disewakan kepada PATI atau warga asing.

Untuk mencapai sifar PATI, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menghapuskan koloni mereka. Orang tempatan yang didapati melindungi PATI dan memberi sewa rumah kepada mereka akan dikenakan hukuman berat yang setimpalnya, yakni bukan sahaja hukuman penjara malah juga dikenakan denda wang ringgit dan sebatan atau kedua-duanya sekali.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook