Latest News

Sunday 14 December 2014

Siapa Perdana Menteri Pakatan Rakyat???

SETAKAT ini, belum ada kesepakatan antara tiga parti PKR-DAP-PAS, siapa bakal Perdana Menteri, jika tiga parti yang hanya berpakat itu menang pada Pilihanraya.

Pakatan tiga parti yang longgar antara PKR-DAP-PAS tidak dapat mencapai kata sepakat berhubungan dengan pemimpin mana bakal dilantik sebagai Perdana Menteri.

DAP sudah tentu mahu Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, akan tetapi tindakan itu tidak disenangi PAS. Pas mahukan seorang Perdana Menteri yang mempunyai itegriti. 

Anwar terpalit dengan isu moral, malah rayuan kes sodomi II masih bergayut di Mahkamah Persekutuan.

Anwar dijatuhi hukuman penjara 5 tahun pada 8 Mac lalu oleh Mahkaah Rayuan kerana didapati bersalah meliwat pembantu peribadi beliau seorang lelaki.

Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP menyuarakan kebimbangan, bahawa tiga parti itu akan gagal menentukan siapa pemimpin yang bakal dilantik sebagai Perdana Menteri dalam satu perjumpaan di Subang Jaya dengan ahli-ahli parti itu pada Sabtu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook