Latest News

Wednesday 3 December 2014

Sijil Kelahiran Masalah Rakyat Terpencil

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:


(i) PETUALANG SABAH OLEH FB PAGE LUKE JAMES STEPHEN BIAJIN (SCREENSHOT)
 


MASALAH daftar lewat di Sabah berlaku sejak awal kemerdekaan lagi. Malah masalah itu berlarutan hingga kini.

Tiga minggu lalu di kawasan Beluran, Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjun mendapati ramai kanak-kanak peribumi daripada suku Murut gagal menyambung ke tingkatan satu kerana tidak mempunyai Kad Pengenalan (Mykad) atas sebab tiada sijil kelahiran.

Masalah daftar lewat kelahiran berlaku terutama di kawasan pendalaman, kepulauan dan kawasan-kawasan terpencil.

Di kawasan Semporna misalnya, pernah berlaku beberapa ramai kanak-kanak tidak dapat ke sekolah atas sebab tiada sijil kelahiran terutama orang Palahu. Orang Palahu adalah suku yang hanya tinggal di laut. Suku ini bukan sahaja terdapat di Semporna, malah di Johor. Tapi ramai Sabahan tidak mengetahui fakta ini.

Manakala mereka yang pernah bertugas di Semporna, pasti mengetahui perkara ini. Dari dahulu hingga kini, orang-orang Palahu tidak akan mendaftarkan kelahiran anak mereka. Namun, selepas masuk era persekolahan, maka timbullah masalah.

Orang Palahu adalah sama dengan penduduk asal. Bezanya mereka tinggal di laut dan berpindah-randah dari satu tempat ke tempat lain sepanjang hidup mereka.  Inilah faktanya! Sebagai manusia biasa khususnya kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersyukur dan berbangga mempunyai kepelbagaian suku kaum yang terdapat di sini.

Namun, ada pihak-pihak tertentu cuba menafikan hak orang-orang Palahu dengan mempersoalkan proses pendaftaran mereka. Lalu memfitnah mereka sebagai PATI! Hakikatnya mereka adalah generasi suku kaum Bajau Palahu jati.

Sebenarnya orang-orang Palahu juga tidak suka menganggu ketenteraman masyarakat kita mahupun merebut peluang pekerjaan di darat. Apatah lagi kerja-kerja di pejabat. Mereka tidak berminat politik. Mereka hanya berminat tinggal berdekatan dengan sumber kehidupan mereka.

Tidak dinafikan juga, ada yang turut menjadi penghuni darat namun peratusannya adalah tidaklah sebesar sangat. Manakala kadar kelahiran orang Palahu adalah tidak tinggi. Purata satu keluarga besar mereka hanyalah berjumlah antara 5-7 orang.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook