Latest News

Saturday 29 November 2014

SKANDAL Musa Aman Terbongkar... menabur duit minta sokongan?

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:
      (i) Sudah terdesakkah untuk menyelamatkan tengkuk sendiri, Musa?... oleh FB Page Mohd Husnaidy Hussein (screenshot)

Ini faktanya.....

EKORAN  tindakan Kumpulan 8, kemudian menjadi kumpulan 6, yang berjumpa Perdana Menteri julai 2014; di mana perjumpaan itu seharusnya membincangkan program pembangunan bagi kawasan KDM, namun ada daripada kumpulan itu mengambil peluang memburukkan Pengerusi Perhubungan Umno merangkap Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman.

Berkaitan perjumpaan itu, maka ada pencacai kumpulan 6 itu, membuat fitnah, kononnya semasa persidangan Dun baru-baru ini, Musa memberi wang kepada para ADUN, agar tidak melaksanakan undi tidak percaya.

Dakwaan ini, bukan sahaja menghina Musa, akan tetapi lebih menghina para ADUN. 

Malangnya dakwaan ini, dilakukan oleh ahli UMNO sendiri yang ada hubungan dengan kumpulan 6 itu.

Sesebuah parti akan rebah, atas sebab tindakan ahlinya sendiri. Tindakan pencacai itu, sama dengan memberi keris kepada musuh untuk mudah menikam.

Sayangnya, meskipun tindakan pencacai kumpulan itu, cuba disebarkan melalui media alternatif; akan tetapi tiada yang mempercayainya, atas sebab rakyat  lebih tahu siapa Musa.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook