Latest News

Tuesday 9 December 2014

SSKM Akhirnya Menerima Pembentukan Persekutuan Malaysia

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Jangan buyuk sabah bah (screenshot1) (screenshot2) (screenshot3)

MENGAPA ada lagi segelintir pihak yang masih mempertikai pengertian Persekutuan yang mengandungi 13 buah negeri seperti yang terkandung dalam Perlembagaan.

Perkara 1 (1): "The Federation shall be known, in Malay and in English, by the name Malaysia."

Perkara 1 (2): "The States of the Federation shall be Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Penang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor, and Terengganu."

Kemudian  Perkara 160: "The Federation" means the Federation established under the Federation of Malaya Agreement 1957".

Perlembagaan Malaysia tahun 1963, diasaskan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaya yang merdeka pada 31 Ogos 1957. Dalam perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963 turut dimasukkan ialah beberapa elemen yang terkandung dalam 20 Perkara daripada Sabah dan 18 Perkara daripada Sarawak.

Telah dipersetujui bahawa dalam Pelembagaan Malaya 1957, semua perkataan Malaya diganti dengan Perkataan Malaysia.

Oleh kerana itu, mereka yang mempertikai perlembangaan Malaysia yang dibaca pada hari ini maka mereka menafsir pada hari ini. Apakah sama menafsir dengan keadaan kita pada tahun 1960 dan ditafsir pada masa ini pada tahun 1960 yang masih telanjang lagi dan pada masa kini 2014 sudahpun tua, beruban, malah gigi telah rompang? Adilkah mengatakan bahawa kenapa masa kini tiada gigi lagi, manakala pada tahun 1960, belum tumbuh gigi lagi?

Segelintir pihak tertentu cuba mengelirukan pengikut mereka dengan membandingkan keadaan zaman yang berbeza tanpa melihat proses yang telah berlaku.

Dengan jelas melalui Perlembagaan dalam bab lampiran telah disebutkan bahawa asas Pelembagaan Malaysia adalah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Oleh itu, semua perkataan Malaya digantikan dengan Malaysia.

Kesimpulannya, dari sudut perundangan Perlembagaan Persekutuan Malaya atau Tanah Melayu sebenarnya tidak wujud lagi kerana telah digantikan dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Ruang inilah yang dijadikan isu oleh pihak terlibat sambil mempersoalkan bahawa pada tahun 1957 Malaysia belum wujud lagi tanpa merujuk kepada lampiran Perlembagaan tersebut.

Sebenarnya, pihak yang menyebarkan isu berkenaan tahu keadaan sebenar. Namun, sengaja menyembunyikan fakta sebenar kerana mempunyai muslihat tertentu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook