Latest News

Wednesday 3 December 2014

Syabu dan Penculikan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Cabaran Untuk Musa oleh Blog Jalin Luin (screenshot1) (screenshot2)

ADA yang mengatakan bahawa kegagalan membendung kemasukan dadah jenis syabu dan kes penculikan atas sebab kelemahan Musa Aman sebagai Pengerusi Keselamatan Negeri.

Kemasukan syabu atau benda-benda terlarang bukan sahaja menjadi masalah negeri, malah menjadi masalah global.

Hukuman Mati Mandatori pun tidak menghalang kegiatan ini.

Saban hari, pihak berkuasa seperti pihak kastam, polis atau penguatkuasa lain berjaya menangkap pelaku dan penjenayah ini. Namun, masih setiap hari juga berlaku penyeludupan ke negeri ini dengan pelbagai cara.

Malah, sindiket antarbangsa juga menjadikan beberapa rakyat negara ini menjadi keldai dadah.

Kata orang, mengawal sekadang kerbau cukup mudah, namun menghalang seorang manusia tidak dapat dilakukan. Ini yang berlaku di merata dunia berkaitan kegiatan penyeludupan syabu kerana ianya merupakan benda yang boleh menjadikan pelakunya cepat kaya malah menjadi jutawan.

Berkaitan kes penculikan pula, ianya bukan sahaja tanggungjawab bersama pihak berkuasa, malah turut semua rakyat termasuklah pasukan keselamatan itu sendiri. 

Kerajaan telah mengwujudkan ESSCOM/ESSZONE untuk mengatasi penculikan yang meliputi jagaan seluas 1,400 km panjangnya pantai-pantai di Timur Sabah.

Masalah penculikan bukan masalah 10 tahun terakhir kebelakangan, malah berdekad lamanya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook