Latest News

Tuesday 30 December 2014

TAHUN 2015 SABAH DENGAN AZAM BARUNYA


ISU utama melanda Sabah untuk sekian lamanya adalah PATI. Pada awal Disember, Laporan RCI PATI diumumkan dan tiindakan sudah dilakukan. Ini bermakna, Sabah bersedia melangkah ke tahun baru dengan penuh harapan. Harapan bagi penyelesaian untuk masalah kronik.

Kepimpinan negara dan negeri saling melengkapi. Apabila rakyat Sabah memohon siasatan PATI, maka RCI PATI ditubuhkan. Apabila rakyat Sabah dan Sarawak mencetuskan patriotik, maka 16 September dijadikan sebagai cuti umum dan disambut secara kebangsaan.

Apabila rakyat Sabah dan Sarawak mahukan Transborneo, kerajaan mezahirkannya melalui peruntukan RM27 bilion.

Apabila Sabah mahu menambah pendapatan, maka diberikan saham dalam projek LNG9 Bintulu dan membenarkan Sabah bergiat dalam industri minyak dan gas melalui M3Energy Sdn Bhd.

Apabila rakyat Sabah mahu keamanan dan perlindungan keselamatan, maka diwujudkan ESSCOM/ESSZONE sebagai tembok di kawasan Pantai Timur yang mempunyai pesisiran pantai seluas 1,400 km.

Tindakan drastik kerajaan membendung keamsukan PATI antara lain mewartakan kepulauan sebagai kawasan larangan.

Komitmen kerajaan beserta pemimpinnya memajukan rakyat apabila projek-projek mega dibina. Antara seperti projek Urea di Sipitang, projek minyak dan gas di Kimanis, projek kelapa Sawit di PIOC, Lahad Datu, projek-projek pemangkin ekonomi melalui Sabah Development Corridor (SDC), projek pelancongan Kota Belud dan Tuaran yang menelan belanja hampr setengah billion ringgit serta terbaru projek udang di Pitas yang merupakan projek terbesar seumpama itu pernah dibuat di negara ini.

Tahun 2015 sebenarnya target yang dicadangkan oleh Datuk Musa sebaik sahaja dilantik sebagai Ketua Menteri pada tahun 2003 bagi melangkah sebagai negeri maju menjelang tahun 2020. Semoga dalam masa lima tahun lagi, semakin rancak lagi pembangunan Sabah khususnya dalam sektor ekonomi agar negeri ini setanding dengan negeri-negeri yang telah maju.

SELAMAT DATANG TAHUN 2015!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook