Latest News

Friday 19 December 2014

TAMAN-TAMAN SABAH BUKAN SYARIKAT BERMOTIFKAN KEWANGAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Pekerja Penjawat Awam Sementara Taman2 Sabah Kesal... Oleh Fb Page Tulun Sabah (screenshot)
(ii) Apakah anda fikir ini satu gurauan??? Oleh Fb Page Sabah Sarawak Keluar Malaysia - SSKM (screenshot)

TAMAN-TAMAN Sabah adalah satu agensi kerajaan yang bukan bermotifkan kewangan. 

Oleh sebab kerajaan telah menjadikan pelancongan sebagai sumber pendapatan menggantikan hasil kayu balak, maka taman-taman Sabah perlu beroperasi secara bisnes. Terbaru dilaporkan, kakitangan yang ada pada taman-taman itu tidak terlatih bagi mengurus dan mengendalikan kerja operasi tersebut.

Atas pertimbangan itu, maka taman-taman Sabah bekerjasama dengan syarikat swasta memajukan kawasan-kawasan tertentu di kawasan tTaman-Taman Sabah tersebut agar ianya boleh mendatangkan pulangan untung yang optimum.

Melalui kerjasama itu, sudah tentunya pengurusan kawasan-kawasan yang tersenarai diambilalih oleh pengurusan yang baru.

Adalah menjadi kebiasaan apabila pengurusan baru mengambil alih, maka kakitangan kontrak kawasan-kawasan tertentu ada yang diserap dan ada yang tidak. 

Namun, dakwaan bahawa ramai kakitangan dibuang kerja adalah tidak benar kerana melalui kerjasama dengan syarikat swasta bahawa pembuangan kakitangan diminimakan. 

Memang benar, ada pekerja yang berkhidmat 5-10 tahun tetapi perkhidmatan mereka adalah secara "open vote" .Ertinya, ia secara kontrak bulan ke bulan berasaskan kepada keperluan. Ianya bukanlah dikategorikan sebagai jawatan tetap. 

Pelik juga sehingga hal-hal seperti ini juga diputar belitkan serta membuat tuduhan fitnah liar serta melibatkan kerajaan. 
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook