Latest News

Saturday 13 December 2014

TERBONGKAR: Pemimpin SABAH Daripada Komponen BN Terperangkap oleh HASUTAN JEFFREY

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Parti tempatan Sabah di Bawah naungan BN oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)

DI MANA sudah Tan Sri Bernard Giluk Dompok dan Datuk Liew Vui Keong? Mereka kalah dalam Pilihanraya tahun 2013. Kekalahan mereka atas sebab pendekatan mereka yang memberi dakwaan tidak berfakta terhadap pemimpin UMNO. Akibatnya rakyat yang menyokong UMNO, tidak memberi mereka undi pada PRU-13 lalu sekaligus tewas.

UMNO sebenarnya membela seluruh rakyat Sabah. Rakyat majoriti sedar dan merasakan itu apabila ada pemimpin membuat dakwaan yang tidak berasas lalu pemimpin seperti mereka ditolak. Inilah yang berlaku kepada dua Presiden komponen BN daripada UPKO dan LDP.

UMNO hanya masuk di Sabah pada tahun 1991 dan sebelum itu, Dr Jeffrey menyamai Anwar Ibrahim semasa dalam UMNO yakni, sangat berkuasa.

Para pemimpin yang kalah dalam pilihanraya itu, terperangkap dengan hasutan Jeffrey apabila pemimpin STAR dan pencacainya mempersoalkan beberapa pemimpin komponen BN dengan dakwaan mengikuti telunjuk UMNO.

UMNO adalah sebuah parti yang sangat menghormati perkongsian kuasa. Oleh sebab itu, semasa Tan Sri Chong Kah Kiat dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah, ADUN Tanjong Kapor dan mantan Presiden LDP itu, dapat diberi peluang mewakili satu kerusi di Dewan Undangan Negeri Sabah. Kalau di Negara lain, ada tak macam tu? Singpura? NO WAY!!!

Dakwaan Jeffrey bahawa pemimpin komponen BN adalah di bawah telunjuk UMNO adalah tidak berasas! Maka, mereka yang terpengaruh dengan dakwaan itu, akhirnya kehilangan status sebagai wakil rakyat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook