Latest News

Thursday 4 December 2014

TIADA KEBENARAN Terhadap Dakwaan Jeffrey

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Adilkah 10% untuk Sabah? Oleh Blog SABAH AND SARAWAK RIGHTS (screenshot1) (screenshot2) (screenshot3)

Dr Jeffrey mendakwa bahawa pada tahun 2012, Petronas mengaut keuntungan RM18 bilion daripada Sabah. Sementara Kerajaan Persekutuan mengaut cukai  sebanyak RM24 bilion.

Data ini merupakan satu pembohongan, dengan atas sebab apa? Turnover Petronas memang sebesar itu! Tetapi berapa kos yang dilabur untuk mendapatkan pendapatan itu? Keuntungan daripada pulangan itu adalah sebesar RM2.7 bilion daripada jumlah RM900 juta diberikan kepada Sabah.

Jumlah yang sama dikekalkan oleh syarikat itu untuk tujuan pelaburan semula. Manakala bakinya dibayar kepada kerajaan persekutuan. Namun, daripada segi cukai yang dipungut di Sabah yang dikatakan mencapai RM24 bilion adalah dakwaan karut atas sebab cukai yang dipungut agensi persekutuan daripada Sabah hanya berkisar antara RM4 hingga 5 bilion setahun.

Kerajaan persekutuan menyalurkan peruntukan kepada Sabah rata-rata sebanyak RM4.8 bilion setahun. Manakala pada tahun 2013, bantuan persekutuan mencecah RM11 bilion.

Secara puratanya, sejak tahun 1976, Kerajaan Persekutuan telah menyalur lebih RM170 bilion kepada Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook