Latest News

Thursday 18 December 2014

TIADA PELANGGARAN PERKARA 3 DAN 4 RUKUN NEGARA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ramai baa yang TIDAK PUAS HATI dengan KERA-jaan MALAYSIA ni... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

Perkara 3 Rukun Negara: Keluhuran Perlembagaan
Perkara 4 Rukun Negara: Kedaulatan Undang-undang

Dakwaan bahawa berlakunya pelanggaran Rukun 3 dan 4 Rukun Negara berkaitan PATI di Sabah adalah tidak benar.

Melalui Laporan RCI, jelas dinyatakan bahawa Kerajaan langsung tidak terlibat dengan kebanjiran PATI. Malah, kerajaan bertindak proaktif apabila menangkap 94 individu pada tahun 1995 yang terlibat dengan satu sindiket pengeluaran kad pengenalan kepada pendatang asing atas motif kewangan.

Bukan sahaja 94 orang yang ditangkap, malah lebih 3,000 individu lain juga turut ditangkap dan disoal siasat.

Kerajaan bertindak memburu, menangkap dan menghantar pulang PATI. Tindakan itu secara terus-menerus dijalankan. Kerajaan juga mewujudkan tembok penghalang melalui ESSCOM/ESSZONE agar PATI tidak mudah menyusup ke tanah besar Sabah.

Demi rukun ke-3 dan 4 Rukun Negara, maka kerajaan bertindak sehaluan dengan rukun tersebut.

Dakwaan bahawa kerajaan menyusukan kera dihutan dan membuang anak di pangkuan, hanyalah persepsi negatif yang terbawa-bawa oleh emosi dan ketidakketahuan berkaitan tindakan kerajaan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook