Latest News

Wednesday 17 December 2014

Tiada Projek IC YANG ADA BISNES IC

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Tiada racangan tarik balik PROJEK IC ? Oleh FB page 1 Suara Sabah  (screenshot)

MEMANG BENAR kenyataan Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Zahid Hamidi bahawa tidak ada terdapatnya projek IC tetapi yang ada hanya bisnes IC.

Dalam laporan RCI (pada muka surat 346-347), terang-terang menyatakan bahawa ada kebarangkalian bahawa projek IC wujud pada masa material. Namun, tiada bukti yang boleh dikemukakan di mahkamah untuk membuktikan perkara itu.

Siapa pun yang bertujuan bukan mencari penyelesaian berkaitan PATI, akan selamanya menuduh bahawa adanya projek IC. Mereka ini sudah membuat keputusan! Apapun fakta yang dikemukakan tidak akan diterima melainkan dakwaan mereka sahaja yang betul. Malangnya, mereka pun tidak dapat membuktikan betul-betul adanya projek IC SECARA SAHIH DAN BENAR!

Mereka yang mendakwa ada projek IC samalah diibarat mengatakan bahawa semalam mereka sudah sampai ke bulan dengan cerita 1001 malam.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook