Sebenarnya, tiada kerajaan di dunia ini sanggup mengkhianati rakyat dan negaranya.
Atas sebab itu, sesebuah kerajaan sanggup berperang jika ada pihak luar
cuba menakluk dan menjajah negara mereka.
Pada
zaman moden ini, Afghanistan, Iraq sanggup berperang kerana ada
pihak-pihak kuasa luar cuba menakluk dan menjajah negara mereka.
Malaysia
amnya dan Sabah khasnya adalah negara/negeri yang paling mulia kerana memberi kemudahan kepada warga asing yang mahu berlindung di
negara/negeri tatkala negera jiran dalam kesusahan.
Pelarian
Filipina membanjiri Sabah bermula tahun 1970 lagi atas sebab pergolakan di
negara itu. Sementara warga Indonesia pula berhijrah kerana masalah
kemiskinan di negaranya.
Sabah merupakan
kawasan yang luas di mana 70 peratus kawasannya belum dibangunkan.
Keluasan itu memerlukan tenaga kerja untuk membangun.
Pada
mulanya, Sabah berterima kasih kepada pendatang yang datang atas sebab
membantu sektor perladangan, permbinaan, pertanian kerana sektor itu
mendapat tenaga kerja yang murah. Juga, puncanya sektor-sektor tersebut lambat maju kerana kekurangan tenaga kerja. Begitu juga dengan mereka seharusnya berterima kasih kepada negeri kita yang terlebih dahulu memberi kemudahan dan perlindungan.
Namun,
selepas kemasukan pendatang yang semakin banyak yang pada mulanya
tidak terasa, telah mula dirasakan sejak tahun 1990. Tambahan pula,
dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu.
Apabila
kerjaan bertindak, sektor-sektor tersebut yang memerlukan tenaga pekerja seperti mereka berteriak membantah dengan dakwaan jika kerajaan menghalang kemasukan pekerja asing akibatnya sektor yang
mereka ceburi akan lumpuh.
Keadaan serupa berlaku pada minggu lalu, apabila kerajaan bertindak tegas dan drastik untuk
menghalau dam memburu pendatang asing. Lalu, sektor pembinaan sudah pun membantah dengan dakwaan bahawa sektor pembinaan akan turut lumpuh kerana 95 peratus
tenaga kerja mereka adalah warga asing.
Keadaan
inilah yang menjadi dilema kepada kerajaan. Namun dalam keadaan
sekarang, di mana kehadiran PATI bukan sahaja menggugat keselamatan
Sabah tetapi sudah menjadi bahan politik pihak-pihak tertentu. Malah, ada
parti mempergunakan kehadiran PATI sebagai asas untuk menumbangkan
kerajaan.
Kebanjiran PATI bukan kerana bantuan kerajaan sebaliknya kehadiran mereka atas permintaan tenaga buruh.
Kehadiran
PATI menguntungkan sektor yang memerlukan mereka. Akan tetapi, ianya turut menjadi
beban kepada kerajaan. Kerajaan kini terpaksa menanggung ratusan juta dalam
sektor kesihatan, pendidikan serta kos makan minum mereka selepas ditangkap dan ditahan dalam depo-depo penahanan.
Pendek
kata, tiada negara mengkhianati rakyatnya sendiri. Akan tetapi, ada
rakyat yang khianat kepada negera/negeri dengan melindungi PATI.
0 comments:
Post a Comment