TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:
(i) Sabah first priority, stateless foreigners later oleh Web Free Malaysia Today (Screenshot1) (Screenshot2)
KEBIMBANGAN MP Penampang PKR Darrel Leiking bahawa stateless
children di masa akan datang yang kononnya akan diberikan kewarganegaraan telah
disangkal oleh Perdana Menteri sendiri. Ekoran kebimbangan itu,
tindakan segera telah dikuatkuasakan dengan tiada lagi sijil lahir
diberikan kepada PATI sebaliknya hanya dokumen keterangan kelahiran.
Juga
dikuatkuasakan dengan sijil kelahiran sahaja tidak akan menjadikan
seseorang pemegangnya sebagai warganegara kerana kewarganegaraan sewajibnya melalui proses ketat.
Antara syaratnya, ibu atau bapa seseorang
kanak-kanak itu adalah warganegara. Memohon kewarganegaraan bukannya mudah. Ianya perlu masa yang panjang dengan proses yang rumit.
Bagi mereka yang mempunyai pengalaman memohon kewarganegaraan pasti mengalami proses tersebut.
Kebimbangan
MP Penampang itu, malah telah cadangkan sesiapa yang menjadi dalang
kepada perbuatan menjadikan stateless atau PATI menjadi warganegara akan dikenakan hukuman penjara atau hukuman sebatan atau kedua-duanya sekali.
0 comments:
Post a Comment