Latest News

Tuesday 16 December 2014

TUDUHAN LIAR TERHADAP GST

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Duit bikin bayar kroni, rasuah sini-sana, lain lagi duit... Oleh FB Page Remove Musa Remove UMNO Sabah (screenshot)

"Duit bikin bayar kroni, rasuah sini-sana, lain lagi duit untuk makan sendiri, simpan dalam bank, simpan untuk rasuah bila mahu dekat mengundi... Apa tidak keadaan jadi begini... Celaka betul umno!"


GST (Goods Services and Tax) menggantikan SST (Services Sales Tax) untuk mengelak CUKAI ATAS CUKAI, disamping melalui SST TIADA Pelepasan Cukai atas Export.

Melalui GST percukaian dapat mengurangkan karenah birokrasi. Turut melalui sistem itu juga para  pelancong dan warga asing dikenakan membayar GST.

Melalui GST, tiada ruang cukai atas cukai yang boleh menyebabkan harga naik. Sila baca betul-betul.

Tuduhan pencacai Pembangkang seperti yang dipetik adalah satu tuduhan mereka yang tiada pengetahuan langsung berkaitan percukaian. Malah, dakwaan itu adalah daripada seseorang yang langsung tidak berpengetahuan. Minta maaf berkata kerana ianya benar.

Dakwaan seperti itu tidak akan diterima oleh sesiapa yang berfikiran logik. Tujuan penjelasan dalam tulisan ini semata-mata untuk menerangkan dan menjelaskan berkaitan GST yang mungkin dianggap oleh pencacai pembangkang tersebut satu objek yang membebankan rakyat.

Sila baca dengan teliti.

SST yang berkuatkusa di negara ini adalah satu sistem yang amat tidak adil kerana hanya kurang 2 juta rakyat yang membayar cukai dan 2 juta rakyat tersebut akan menanggung kepada 25 juta penduduk negara keseluruhannya. Melalui GST,  sekurang-kurangnya 8 juta rakyat turut membayar cukai bagi menanggung 19 juta rakyat.

Selain itu, warga asing atau pelancong tidak membayar cukai melalui perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat melalui SST. 

Tujuan GST adalah untuk mengurangkan defisit perbelanjaan negara daripada 3.5 peratus tahun 2014 ke 3 peratus pada tahun 2015.

Sebenarnya untuk tahun pertama pelaksanaan GST yang bermula pada 1 April 2015, sumbangan sistem baru itu kepada pendapatan negara hanya RM0.69 bilion iaitu tidak sebesar seperti mana yang digembar-gemburkan oleh pihak pembangkang termasuk Ahli Parlimen Gua Musang, YTM Tengku Razaleigh Hamzah yang telah menerima maklumat yang kurang tepat kononnya GST itu adalah untuk membayar hutang negara. Untuk maklumat lanjut mengenai pengiraan sebenar GST negara untuk Tahun 2015, bolehlah melayari di laman https://researchnews.affininvestmentbank.com.my/Research/DailyReports/20141013/Affin%2020141013%20Economy%20Budget%202015.pdf
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook