Latest News

Thursday 4 December 2014

UMNO memperkaya Rakyat Sabah Bukan Memiskinkan!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Rakyat penat mencari makanan , Kerajaan kebas hasil makanan rakyat... Oleh FB Luke James Stephans Biajin (screenshot)

KEMASUKAN UMNO ke Sabah pada tarikh 5 September 1991 yang bermula di Kota Belud merupakan mukjizat kepada rakyat Sabah.

Bayangkan pada tahun 1990, kadar kemiskinan Sabah menghampiri 40 peratus. Namun pada tahun 2012, angka itu turun kepada 8.1 peratus.

Tahun 2003, simpanan kewangan negeri kurang RM200 juta ringgit. Sebaliknya tahun 2012, simpanan kewangan negeri sudahpun di atas paras RM3 bilion.

Bajet negeri yang tidak pernah melepasi angka RM2 bilion pada sebelum ini dan melalui  kerajaan yang ditunjangi UMNO sekarang mampu memberikan bajet melebihi RM4 bilion. Angka ini merupakan satu rekod baharu.

Lihat sahaja tahap pembangunan di mana-mana; jangan bercakap di kawasan Kota Kinabalu, Sandakan atau Tawau akan tetapi di kawasan-kawasan lain, pembangunan berada di mana-mana.

Sebagai rakyat, janganlah menutup mata dan memandang sebelah mata. Hakikatnya bahawa kemasukan UMNO adalah membela semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook