Latest News

Monday 1 December 2014

UMNO Penstabil Politik Sabah


KEMASUKAN Umno ke Sabah pada tahun 1991, merupakan usaha menstabilkan politik Sabah.

Bayangkan sejak Sabah merdeka, sudah empat kali berlakunya pertukaran kerajaan. Pertukaran kerajaan itu adalah penyebab kepada kemiskinan Sabah.

Puncak kepada mundurnya pembangunan dan kadar ke miskinan itu adalah antara tahun 1985-1994; apabila hala tuju pembangunan Sabah bukan mengarah kepada sektor perekonomian, melainkan kepada pengwujudan satu kebencian khususnya kepada pemimpin Semenanjung.

Puncak kepada tindakan itu, adalah pada tahun 1990, diambang pembuangan undi, parti yang memerintah yang juga merupakan komponen BN pusat, menarik diri dan bergabung dengan parti pembangkang.

Bn memerlukan empat tahun untuk memerintah Sabah semula. Tahun 1994, bermulalah era BN yang ditunjangi Umno. 

BN memperkenalkan sistem penggiliran Ketua Menteri selama 9 tahun. Tujuan penggiliran itu adalah mengajar para pemimpin Sabah bagaimana pentingnya perkongsian kuasa.

Perkongsian kuasa itu berakhir, apabila semua mengerti, bahawa dalam memerintah yang paling mustahak adalah kesepakatan/soladiriti. Soladiriti tercapai, apabila Tan Sri Chong Kah Kiat dilantik sebagai Ketua Menteri, meskipun partinya hanya mempunyai satu kerusi, iaitu DUN Tanjong Kapor, Kudat dan kebetulan diwakilinya beliau sendiri.

Selepas tempoh dua tahun, Kah kiat memberi laluan kepada Ketua Menteri sekarang; dan berlarutan sehingga kini. 

Musa satu-satunya Ketua Menteri yang melepasi jinx 9 tahun sebagai Ketua Menteri.

Sementara itu, kemasukan umno telah  telah mencungkil bakat-bakat kepimpinan.

 Kemasukan Umno; terlahir pemimpin muda seperti Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, adiknya Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Dato Abdul Rahman Dahalan, Datuk Faisal Hamdan Diego; Datuk Bolkiah Ismail, Datuk Rahim Bakri dan ramai lagi.

Pendek kata, kemasukan Umno ke Sabah selain mengwujudkan kestabilan politik, juga mempertabatkan semula kepimpinan Sabah dan pada masa yang sama meningkatkan kesejahteraan rakyat negeri ini.

Tomahan bahawa umno memiskinkan Sabah, satu dakwaaan yang tidak berpijak di bumi nyata.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook