Latest News

Friday 9 January 2015

AGAMA BAGI SABAH


ISU agama terutama agama Islam merupakan suatu perkara yang sensitif dibincangkan di Sabah. Isu itu dirasai semula apabila bangkitnya isu penggunaan kalimah 'Allah' dalam  Kitab Injil dalam Bahasa Malaysia (BM) yang dilarang di Semenanjung, manakala di Sabah dan Sarawak, ianya bukan satu larangan.

Apa yang berlaku di Semenanjung itu mungkin sahaja merebak ke Sabah dan Sarawak. Isu Allah akan menjadi masalah jika tidak dirungkai mulai sekarang.

Bagi Sabah, untuk memahami berkaitan agama, maka perlu melihat Laporan Suruhanjaya Cobbold dan Perkara 20 yang merupakan memorandum di mana tertulis: 

"Sabah tiada agama rasmi dan Islam sebagai agama rasmi Malaysia".

Semasa menyediakan laporan itu, para anggota suruhanjaya menyimpulkan bahawa suruhanjaya itu tiada kuasa memutuskan keputusan berhubung dengan agama mahupun pendidikan. Akan tetapi kuasa itu diletakkan kepada Dewan Undangan Negeri untuk memutuskannya.

Oleh sebab itu, Dewan Undangan Negeri Sabah membuat ketetapan, melalui Artikel 5A, bahawa agama rasmi Sabah adalah Islam, dan agama-agama lain bebas diamalkan oleh penganut masing-masing.

Artikel 5B(1) Pelembagaan Negeri Sabah menyebutkan bahawa Ketua Agama Islam bagi Sabah adalah Yang Dipertuan Agong, manakala artikel 5B(2), Dewan Undangan Kerajaan negeri adalah pihak berkuasa yang mengatur pentadbiran agama peringkat negeri dengan merujuk kepada majlis fatwa yang menjadi penasihat kepada Seri Paduka Baginda Agong (SPBA) berkaitan agama Islam.

Walaupun Perlembagaan Negeri Sabah berasaskan kepada Artikel 5A dan 5B, namun berasaskan Artikel 11(1) dan 11(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan jaminan kebebasan beragama bagi setiap rakyat akan tetapi melalui artikel itu juga adalah dilarang menyebarkan sebarang agama kepada penganut Islam.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook