Latest News

Monday 5 January 2015

APA ITU 20 POINT SABAH?


20 Point adalah memorendum yang dihasilkan daripada pertemuan IGC sebagai syarat penyertaan Borneo Utara membentuk Negara Malaysia.

Apabila negara dibentuk, maka Perlembagaan Negara juga terwujud dengan mengambil kira 20 Perkara tersebut. Oleh sebab itulah, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah telah memberi pandangan agar 20 Point jangan dipolitikkan kerana ianya sudah pun termaktub di dalam perlembagaan.

Perjalanan Kemerdekaan Sabah melalui Malaysia telah pun masuk ke-49 tahun dan secara perlahan-lahan dan pasti semua perkara-perkara yang disebut di  dalam 20 point itu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Kini, kita tidak boleh menyatakan bahawa syarat-syarat 20 point tidak dilaksanakan melainkan kita perlu "pin point" perkara mana yang sepenuhnya belum dilaksanakan.

Apapun perubahan di dalam 20 Perkara itu adalah berpunca daripada keputusan rakyat Sabah sendiri melalui Dewan Undangan Negeri Sabah dengan memutuskan perkara yang berkaitan dengan 20 Perkara tersebut bersesuaian dengan perkembangan zaman dan situasi.

BAGI melihat 20 Point, jangan kita terpaku dan statik. Kita perlu melihat berasaskan kepada situasi dan masa. Ini kerana apabila kita berbuat sedemikian, maka minda kita akan terpaku pada keadaan atau zaman semasa 20 point itu terwujud.

Memang 20 Point itu merupakan catatan sejarah kerana 20 perkara itu telah termaktub dalam perlembagaan negara kerana pelaksanaan 20 point itu selepas 49 tahun, telah tergambar dalam perlembagaan negara.

20 Point hanya hipotesis semasa merangkanya dan selepas 52 tahun. Hipotesis itu terbukti bahawa ianya termaktub dalam Perlembagaan.

Dengan asas itu, Salleh mencadangkan agar 20 Perkara jangan dipolitikkan bagi mereka yang benar-benar memperhalusi perkembangan negara selama 49 tahun.

SAMA-SAMA kita memperhalusi perkembangan 20 point itu dan mana satu perkara yang belum sepenuhnya dilaksanakan.. 

Kita boleh berbeza pendapat tetapi kita juga perlu menghormati pandangan masing-masing. Namun, sebelum kita memberi komen negatif terhadap pandangan orang lain, kita perlu melihat daripada sudut mana pandangan itu dilihat.

KITA perlu memberi pandangan daripada sudut kemajuan mengenai 20 point itu secara dinamiknya ke arah "Nation Building"...
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook