Latest News

Saturday 3 January 2015

APA ITU AKTA HASUTAN 1948?


RAMAI yang keliru, kerana dalam "akta" itu ada tertulis "1948". Mereka yang mempunyai niat tertentu memang mudah mengelirukan sesiapapun, atas sebab boleh sahaja berhujah "Malaysia dibentuk tahun 1963" dan "Tanah Melayu merdeka tahun 1957" mengapa masih guna akta tahun 1948?

Ini bukan sejarah, ini soal persetujuan. Pada tahun 1963, Perlembagaan Malaysia memasukkan apa-apa akta yang pernah digunakan sebelum merdeka, "hendaklah terpakai" kecuali dimansuhkan. Demikian juga Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA); akta tersebut merupakan peninggalan British akan tetapi tetap "terpakai", namun dimansuh selepas sahaja Dato Seri Najib Razak dilantik sebagai Perdana Menteri.

Perlembagaan Malaysia (Bukan Tanah Melayu)  digubal atas bantuan pakar undang-undang British. Atas sebab itu, kebanyakan akta negara hampir sama dengan akta-akta di negara komanwel kecuali jika akta-akta itu dimansuhkan.

Disebabkan hal yang demikian, Sabah menyertai lalu membentuk negara persekutuan. Maka secara langsungnya, apa sahaja undang-undang atau akta yang diterima melalui perlembagaan adalah "terpakai" untuk semua dari Kangar hingga ke Kudat.

Pihak-pihak tertentu, cuba memesongkan pengertian rakyat yang tidak mengikuti atau tidak membaca perlembagaan negara. Penulis yakin daripada 27 juta penduduk negara ini, tidak sampai 10 peratus pun rakyat membaca perlembagaan negara sambil menghayatinya, kecuali mereka yang belajar undang-undang.

Adalah tidak benar sama sekali, apabila ada yang mendakwa bahawa Akta Hasutan 1948 hanya terpakai untuk Tanah Melayu. secara lojiknya, dakwaan itupun sudah agak mengarut atas sebab apa? Tanah Melayu pun merdeka pada tahun 1957.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook