Latest News

Sunday 11 January 2015

Apa Muslihat Datuk Jumat Idris Memperlaga Pemimpin Sabah?


APA muslihat Ketua Bahagian UMNO Sepanggar yang juga MP Sepanggar 'memperlaga antara Datuk Seri Musa Aman dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal'?

Semalam pada 'wall Facebook' MP itu, beliau dengan terang menulis bahawa telah mencadangkan penggantian Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah daripada Musa kepada Shafie.

Tidak sedikit yang memberi komen negatif akan tetapi juga ada yang positif terutama daripada pengikut-pengikut Ketua Bahagian itu.

Tindakan Jumat itu, bukan sahaja cuba merampas tugas Presiden Parti akan tetapi memberi senjata kepada pihak lawan menghentam parti seolah-olah parti yang menghadapi bermasalah.

Tindakan Jumat itu, bukan tindakan sebagai seorang pemimpin parti. Sebaliknya, berperanan sebagai seorang yang langsung tidak faham akan perjalanan sesebuah parti.

Memang diakui, MP Sepanggar itu telah lama dalam UMNO malah sebagai penyokong parti itu di Sabah bermula tahun 1990. Namun, kerana kekurangan beliau daripada segi pendidikan, maka beliau tidak dapat membezakan antara perkara dalaman parti dengan yang bukan.

Tindakan beliau, lebih bersifat hentam kromo dan tidak berperaturan. Jika tindakan beliau ini diambil kira oleh pihak-pihak tertentu tanpa melihat latar belakang beliau, sudah tentunya parti akan terpalit secara keseluruhan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook