Latest News

Saturday 3 January 2015

APA YANG DR. JEFFREY PERJUANGKAN???


SEBENARNYA tiada apa yang Dr Jeffrey perjuangkan.  Perkara  yang diwar-warkan oleh Pengerusi STAR Sabah merangkap ADUN Bingkor itu, hanya memecah belahkan rakyat Sabah.



Dr Jeffrey berniat mewujudkan ketegangan antara kaum, dengan mengapi-apikan kaum sendiri untuk membenci kaum lain.



Jeffrey tidak mahu menerima hakikat bahawa Sabah didiami atau diduduki oleh pelbagai kaum, bukan sahaja kaum KDM, malah kaum-kaum bumiputera lain juga.



Sebanyak 32 etnik di Sabah, KDM merupakan salah satu daripada etnik tersebut.



Pada awal kemunculannya dalam politik, ADUN Bingkor itu mempersoalkan Perkara 20, iaitu satu memorandum ketika Sabah menyertai Sarawak, Malaya dan Singapura dalam membentuk Persekutuan Malaysia.



Kini, beliau mempersoalkan pula Perjanjian Malaysia (MA63) yang kononnya telah dicabuli dan mendakwa bahawa Malaya menjajah Sabah dan Sarawak.



Dr Jeffrey sengaja memutar belitkan pengertian 'penjajahan'. Beliau langsung tidak berkata benar mengenai pengertian penjajah.



Bagaimanakah Jeffrey berkata bahawa 'Sabah dan Sarawak dijajah?' sedangkan Ketua Menteri, para kabinet Sabah dan Sarawak kesemuanya adalah rakyat tempatan demikian juga TYT, yang merupakan rakyat tempatan di dua buah negeri tersebut.



Begitu juga ketua-ketua jabatan kerajaan Sabah serta para pegawai daerah atau ketua-ketua anak negeri semuanya adalah rakyat tempatan.



Mata Jeffrey kabur kerana hanya melihat akan pemerintahan. Beliau tidak membuka mata untuk menerima bahawa majoriti rakyat Sabah khususnya bumiputera dijajah oleh rakyat tempatan yang bukan bumiputera dalam semua aspek, khususnya perekonomian.  Bukan orang Malaya yang mendominasi perekonomian Sabah. Jeffrey gagal membuka mata untuk melihat perkara ini.



Jeffrey gagal untuk melihat bahawa yang bermati-matian menjaga keselamatan Sabah adalah orang Malaya yang terdiri daripada kaum melayu. Selain itu, ADUN Bingkor ini juga gagal melihat bahawa yang mendidik anak-anak Sabah menjadi seorang yang berilmu juga adalah orang Malaya daripada kaum melayu.



Sebagai contoh, satu kes di Kota Marudu, di mana sebuah sekolah sejak pada tahun 1996 tenaga pengajarnya adalah daripada etnik tempatan, namun sekolah itu tidak pernah mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan UPSR. Namun, apabila ASTRO menjadikan sekolah tersebut sebagai anak angkat, dan tenaga pengajarnya ditambah dengan tenaga pengajar daripada Malaya, untuk pertama kalinya, pelajar sekolah tersebut berjaya mencapai keputusan 5A dalam UPSR pada tahun 2014.



Banyak kes seumpama itu berlaku di Sabah, di mana tenaga pengajar sekolah tersebut disesuaikan berdasarkan jenis kaum majoriti dalam sekolah itu. Keputusan UPSR turut tidak pernah mencapai target apatah lagi cemerlang.



Perjuangan Jeffrey hanya mahukan rakyat Sabah mundur, kembali ke zaman sebelum merdeka. Atas sebab itu beliau mengawar-warkan sejarah 51 tahu lalu. Beliau menginginkan rakyat Sabah kembali ke era itu di mana sebahagian besar rakyat belum celik dalam semua perkara.


Zaman sudah berubah, dunia tanpa sempadan tiada lagi negara yang boleh berdiri secara terisolasi. Malah Korea Utara yang begitu tertutup pun, sangat tergantung kepada Republik Rakyat China dan bantuan-bantuan daripada negara-negara lain.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook