Latest News

Wednesday 28 January 2015

APA YANG RAKYAT PERLU ADALAH KEMAJUAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Petikan di bawah adalah kata-kata SF... Oleh FB Haji Julaihi Haji Suut (screenshot) (screenshot)

APAKAH rakyat Amerika pakar berkaitan dengan perlembagaan negaranya? Atau apakah rakyat Jepun pakar berkaitan perlembagaan undang-undang mereka? Atau rakyat Korea? Atau juga sebagai contoh yang terdekat di negara jiran kita, berapa ramaikah rakyat Singapura adalah pakar berkaitan perlembagaan negaranya?

Apa yang penting kepada rakyat adalah kemajuan. Apa yang penting kepada rakyat adalah keamanan. Apa yang penting kepada rakyat bebas dalam negaranya dan bebas mencari rezeki di dalam negaranya.

Generasi muda atau pelajar, bebas sepenuhnya mengejar impian dalam negara yang merdeka, khasnya Malaysia. Tiada sekatan kepada sesiapapun untuk mengejar cita-citanya, kecuali cita-cita itu melanggar perlembagaan dan undang-undang negara.

Mereka yang bergabung dalam NGO Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) dan seangkatannya, hanya mahu mewujudkan keadaan huru-hara dalam negara dengan membangkit-bangkitkan isu-isu lapuk kerana mereka itu hanya sebagai wira di hujung jari yang bermodalkan air liur.

Mereka tiada alternatif kepada rakyat untuk maju tetapi mereka hanya membawa rakyat ke alam khayalan yang rendah dan tidak berfaedah. Memang!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook