Latest News

Wednesday 28 January 2015

APA YANG TIDAK DIHORMATI DALAM "Malaysia Agreement 1963" (MA63)?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) GAGAL Hormati Perjanjian. ?? Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)

MEMANG diakui oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak ada perkara yang gagal dihormati dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Namun, perkara itu bukanlah disengajakan kerana ianya bukan menyangkut dasar.

Perkara-perkara yang gagal dipatuhi itu lebih bersifat pentadbiran, dimana berlakunya faktor manusia dalam penentuannya.

Contoh kegagalannya itu antara lain melantik Ketua Jabatan di Agensi Persekutuan yang beroperasi di Sabah dan tarikh pengiktirafan Hari Malaysia. Akan tetapi, kegagalan itu bukan mencerminkan kegagalan MA63 secara keseluruhan.

Seperkara lagi, yang diakui oleh Perdana Menteri adalah infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air bersih serta elektrik.

Meskipun Sabah menyertai Persekutuan lebih dari setengah abad akan tetapi dalam faktor infrastruktur, Sabah masih ketinggalan. Inilah yang dimaksudkan kegagalan oleh Perdana Menteri.

Pengasas kemerdekaan Sabah ketika mahu bergabung dengan Malaya adalah berasaskan kepada keadaan Sabah yang amat daif ketika itu. Oleh kerana itulah mahu bergabung dengan Malaya untuk membentuk Persekutuan Malaysia.

Persoalannya, mengapa dari segi pembangunan di Sabah agak ketinggalan? Sedikit sebanyak adalah disebabkan oleh faktor pertukaran kerajaan yang kerap. Sejak merdeka, Sabah telah empat (4) kali bertukar kerajaan.

Akibat kerap kali pertukaran kerajaan, kerajaan seringkali membuat perancangan. Namun, perancangan itu tidak dapat dijalankan kerana setiap kerajaan baru mempunyai matlamat sendiri.

Sabah membangun bermula pada tahun 1994 dan takeoff pada tahun 2003 apabila Datuk Seri Musa Aman dilantik sebagai Ketua Menteri. Musa meluncurkan Hala Tuju Sabah.

Kini, Sabah membangun dengan pesat malah pada tahun 2014, sebanyak RM4.6 bilion bajet Sabah telah digunakan untuk memajukan negeri. Dalam bajet tersebut, ianya tidak termasuk peruntukan daripada Persekutuan yang melebihi RM11 bilion.

Dalam mengejar ketinggalan, Sabah kini dengan bantuan kerajaan persekutuan memperkenalkan pelbagai program/projek demi untuk rakyat Sabah. Antaranya ialah Kilang Urea Sipitang, SGOT Kimanis dan penternakan udang terbesar di Malaysia yang beroperasi di Pitas.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook