Latest News

Monday 5 January 2015

ASAS PEMBENTUKAN MALAYSIA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) We are NOT part of the Federation of MALAYA... Oleh FB James Ligunjang (screenshot)

PEMBENTUKAN Persekutuan Malaysia, adalah satu kesatuan yang kekal atau “Perkahwinan yang kekal”, dalam erti kata lain tidak ada timbul "perpisahan". Sebarang "perpisahan" adalah tidak dibenarkan dan ianya melanggar hak perlembagaan negara. Setiap rakyat perlu mengerti, terutama bagi rakyat Sabah dan Sarawak bahawa "kewujudan negara adalah untuk selama-lamanya".
Perkara 20 bagi Sabah dan Perkara 18 bagi Sarawak adalah satu dokumen pra-pembentukan Persekutuan Malaysia. Ertinya dokumen-dokumen tersebut merupakan satu kehendak pengasas pembentukan Persekutuan dan selama-lamanya perlu dihormati. Melalui dokumen itu sendiri, menunjukkan bahawa tindakan "perpisahan" tidak dibenarkan, jika hal tersebut berlaku ertinya hasrat pengasas kemerdekaan daripada Sabah dan Sarawak tidak dihormati.
Sebenarnya Sabah hanya merdeka pada 16 September 1963, hal yang demikian kerana Gabenor terakhir British Sir William Goode hanya meninggalkan Sabah pada tengah malam 15 September 1963.
Memang benar Perjanjian Pembentukan Malaysia (Malaysia Agreement) ditandatangi di London pada 9 Julai 1963 bersama-sama Kerajaan United Kingdom, Persekutuan Malaya, North Borneo, Sarawak dan Singapura. Semasa menandatangani perjanjian itu, Sabah diwakili oleh Tun Fuad Stephens, Tun Datu Mustapha Harun, WKH Jones, Datuk Khoo Siak Chiew, Colonial State Secretary Stephen Holley dan Datuk G.S. Sundang. Dalam perjanjian itu, Perjanjian Malaysia 1963 mengandungi 11 Perkara (artikel) dan berkuatkuasa pada 16 September 1963.
Perkara 20 dan 18, merupakan sebahagian daripada dokumen yang diguna pakai dalam merumuskan 11 Perkara yang dijadikan sebagai Perlembagaan Malaysia 1963.
Jika sekiranya terdapat perkara-perkara yang termaktub dalam perlembangaan, itu merupakan salah satu sebab kenapa kuasa negeri terhakis, puncanya daripada tindakan negeri itu sendiri. Sebagai contoh, Sabah pada tahun 1973 telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri berhubungan dengan agama, dan menggantikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa rasmi kepada Bahasa Melayu. Penghakisan kuasa itu bukan disebabkan oleh rakan kongsi- Malaya. Akan tetapi, disebabkan oleh rakyat Sabah itu sendiri melalui para wakil rakyat negeri tersebut.
Apa yang dipersoalkan sekarang adalah kenapa berlakunya perubahan istilah pada tahun 1976, apabila mengkategorikan Sabah dan Sarawak setaraf dengan 11 negeri-negeri lain di Malaya dan mengguna pakai bahawa Hari Kemerdekaan adalah jatuh pada 31 Ogos 1957 disesuaikan dengan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura.
Setakat ini, tiada sebarang dokumen yang menerangkan bahawa DUN Sabah dan Sarawak telah bersetuju dengan perubahan istilah itu. Keadaan inilah yang dipersoalkan oleh mereka-mereka yang anti kepada Persekutuan Malaysia. Mereka-mereka ini menuduh Malaya sebagai dalang kepada perubahan itu, kerana semasa perubahan itu dilakukan negara masih dalam keadaan darurat yang telah diisytiharkan berkaitan peristiwa 13 Mei 1969 belum ditarik balik.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook