Latest News

Wednesday 21 January 2015

BANJIR, Bencana Alam... DI MANAKAH MENTERI KITA?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) BANJIR, Benjana Alam... DI MANAKAH MENTERI KITA? Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)

TIADA apa yang boleh menghalang bencana alam. Kalau musim sudah tiba dengan izin Tuhan tetaplah ianya akan terjadi. Pada masa dahulu ketika rumah-rumah dahulu ketika jenis rumah kampung dan hanya bertiang/jenis panggung, walau bagaimanapun banjir melanda, hanya kawasan sekeliling rumah sahaja yang akan digenangi air.

Sabah mempunyai mekanisme sendiri berkaitan banjir; Pengerusi Bencana Alam Negeri merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Banjir yang melanda membakut, papar dan kawasan sekitar adalah disebabkan fenomena alam, kerana hujan berterusan telah melanda di kawasan pantai Barat.  Keadaan hujan berterusan ini juga adalah penyebab banjir di Sarawak.

Kalau ada yang bertanyakan di mana menteri? Para Menteri ada yang berada di dalam bilik operasi memantau selain membuat cadangan kepada pasukan-pasukan penyelamat. Dalam facebook ANTI FITNAH SABAH menunjukkan bahawa Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Arifin Arif telah berjaga semalaman dan berada di bilik Operasi Banjir Membakut.

Banjir Membakut dan sekitarnya sangat terkawal. Perdana Menteri tidak perlu datang kerana para Menteri Sabah boleh menangani masalah banjir di Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook