Latest News

Saturday 3 January 2015

Banjir: Sabah Dalam Keadaan Berjaga-jaga


KETUA MENTERI Datuk Musa Haji Aman mengarahkan semua Pegawai Daerah di seluruh Sabah mengambil langkah untuk berjaga-jaga kerana kemungkinan banjir besar akan melanda Sabah.

Kota Belud, Lahad Datu dan Tawau telah dilanda banjir. Pada masa ini, Kota Belud dilanda banjir yang teruk. Sehingga pada pukul 10 pagi Sabtu, hampir 900 mangsa telah dipindahkan ke Pusat-Pusat Pemindahan di daerah tersebut.

Speaker Dewan Undangan Negeri merangkap ADUN Usukan Datuk Salleh Tun Said bersama-sama ADUN Tempasuk yang juga merupakan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Datuk Musbah Jamli berganding bahu bersama pasukan beruniform dan sukarelawan bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

Manakala di Tawau pula, Menteri Belia dan Sukan Datuk Tawfiq bersama Presiden Majlis Perbandaran Tawau dan para pemimpin setempat sedang memantau pergerakan air terutama di kawasan-kawasan yang rendah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook