Latest News

Tuesday 6 January 2015

Beza Royalti Minyak Dan Peruntukan Persekutuan


Ada pihak-pihak tertentu cuba mengelirukan pandangan orang ramai berkaitan pengertian bayaran royaliti daripada Petronas dan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan bagi negeri-negeri pengeluar minyak seperti Sabah.


Dua bayaran itu berbeza sekali. kerana royalti hanya berasal daripada Petronas manakala peruntukan adalah daripada Kerajaan Persekutuan yang terkandung dalam Bajet Tahunan Negara.


Data menunjukkan bahawa purata royalti minyak yang diterima Sabah daripada Petronas adalah RM1 bilion setahun manakala peruntukan pula purata sebanyak RM4.8 bilion setahun. Sebagai misalan pada tahun 2013, peruntukan yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Sabah sebanyak RM11 bilion. Manakala kutipan cukai daripada negeri itu hanya 4.2 bilion. Dengan angka ini, bererti kerajaan persekutuan memberi peruntukan jauh lebih tinggi berbanding cukai yang dikutip.

Selain itu, kerajaan persekutuan menanggung gaji para kakitangannya yang bertugas di Sabah seperti tentera, pasukan polis, Kastam Diraja Malaysia, jabatan pendidikan termasuk penggajian dan elaun guru-guru. Bayaran untuk kakitangan persekutuan, penyelenggaran sekolah-sekolah juga tidak termasuk dalam peruntukan yang di salurkan kepada kerajaan negeri.

Maksud Peruntukan yang disalurkan kepada kerajaan negeri adalah wang yang masuk kepada perbendaharan negeri.

Bagi pihak-pihak yang cuba mengelirukan rakyat; janganlah mempersenda rakyat yang kurang pengetahuan berkaitan perkara ini kerana lambat laut akan diketahui juga kebenarannya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook