Latest News

Tuesday 20 January 2015

BORNEO: INTERNAL SELF-GOVERNMENT

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) BUKTI SABAH sebagai sebuah NEGARA Oleh FB Doris Jones (screenshot)

PADA 31 ogos 1963, Borneo Utara diberikan status Internal Self-Government, nama Sabah timbul semula hanya pada 16 September 1963.

Apapun istilah, namun tidak akan mengubah fakta bahawa North Borneo merupakan jajahan British kemudian diberikan status Internal Self-Government atas sebab untuk berhasrat bergabung dengan Sarawak, Semenanjung Malaya, Singapura bagi membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Status Internal Self-Government boleh sahaja disebut 'Negara with inverted comma (" ")' namun tidak mempunyai status sebagai negara menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 

Sebuah "negara" mempunyai status sebagai negara apabila diiktiraf oleh PBB sebagai negara dalam berkaitan dengan pembentukan Persekutuan Malaysa dan hanya Malaysia diiktiraf sebagai negara.

Demi politik, memang sehingga tahun 1973, panggilan kepada TYT Sabah adalah Yang Dipertuan Negara Sabah. Kemudian, panggilan itu berubah kepada panggilan sekarang - Tuan Yang Terutama Negeri Sabah (TYT Negeri Sabah).
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook