Latest News

Wednesday 14 January 2015

BR1M

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Duit Rakyat Yang Digunakan Membeli Rakyat... Oleh FB Juin Molondoi (screenshot)

BR1M boleh juga disebut wang bersumber daripada rakyat ini kerana sebahagian sumber yang diberikan kepada rakyat adalah melalui penjimatan subsidi minyak.

ASAS kepada BR1M apabila peniaga menaikkan harga barangan ekoran pengurangan subsidi minyak (petroleum) oleh kerajaan.

BR1M diberikan kepada ketua keluarga mereka yang berpendapatan kurang daripada RM4000 bagi tujuan mengurangkan beban sara hidup.

Pemberian BR1M tidak mengira latar belakang fahaman politik asalkan ketua keluarga itu berada pada kedudukan pendapatan terkumpul kurang RM4000, maka layak.

Mereka yang bujang juga diberikan BR1M, selain para pelajar yang mendapat baucer buku.

Pada awalnya, BR1M diberikan secara 'one-off' akan tetapi kerajaan berfikiran bahawa tindakan itu perlu diteruskan, memandangkan kenaikan harga barang belum lagi reda.

Kini, meskipun harga minyak turun lebih besar berbanding kenaikan pada pertengahan tahun 2013 namun harga barang keperluan rakyat tidak juga turun. 

Kini, kerajaan mendapat gambaran pasti bahawa kenaikan harga barangan kononnya disebabkan oleh pengurangan subsidi minyak dan ini sememangnya hanya anggapan. Kenaikan harga barangan sebenarnya disebabkan oleh peniaga sendiri.

Dakwaan pembangkang bahawa BR1M untuk membeli rakyat sebenarnya dakwaan karut kerana BR1M pernah diberikan sebelum PRU-13 dan kerajaan juga tidak mendapat undian popular.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook