Latest News

Thursday 15 January 2015

CADANGAN JUMAT MEMANG TIADA JUSTIFIKASI

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Idea memisahkan jawatan Ketua Menteri Sabah dengan... Oleh Blog Jalinan Politik (screenshot1) (screenshot2) (screenshot3)

ULASAN blogger yang menyatakan bahawa cadangan Datuk Jumat Idris menukar Pengerusi Perhubungan Umno Sabah kepada Datuk Seri Shafie Apdal berjustifikasi adalah ulasan yang tidak mengetahui susun atur Parti Umno.

Dalam perkara ini, Blogger itu juga sama dengan Jumat iaitu tidak mengetahui susun atur parti. Apa yang menyedihkan, mengapa Datuk Jumat tidak tahu susun atur parti? Sedangkan beliau adalah Ketua Bahagian Umno Sepanggar?

Sebelum pemilihan tahun 2013, banyak pihak termasuk ahli-ahli Umno yang lama/veteran meminta dan mencadangkan agar semua Pengerusi Perhubungan Umno negeri tidak bertanding sebarang jawatan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) atau Majlis Tertinggi (MT) parti dan dicadangkan mereka-mereka itu dilantik. Cadangan itu terbukti diterima oleh Pengerusi-Pengerusi Umno Negeri kecuali Pengerusi Umno Kedah. Tujuan cadangan dan permintaan itu agar lebih ramai pemimpin menganggotai AMT.

Untuk Pengetahuan Blogger YANG MERASA MAHIR dalam susun atur parti Umno, semua Ketua Menteri/Menteri Besar pada negeri-negeri yang dikuasai Umno merupakan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri.

Persoalan berlaku adalah mengapa Jumat Idris menongkah arus? Ulasan Blogger ini sebenarnya tidakpun perlu diulas akan tetapi dia mengatas namakan Jumat idris. Maka, perlulah diterangkan duduk naik perkara berhubungan dengan susun atur parti.

Perlantikan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri adalah kuasa Presiden Parti. Ini kerana Pengerusi Umno negeri adalah seseorang yang diyakini oleh Presiden untuk memperkuat/mempersatukan semua pemimpin parti di semua peringkat.

Pada awalnya di Sabah khususnya, semua pemimpin di semua peringkat bersatu sebagai satu pasukan di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman. Oleh sebab itu, untuk tiga pilihanraya umum, semua calon-calon Umno menang juga calon-calon parti-parti komponennya majoriti menang. 

Pengerusi Perhubungan Umno negeri juga adalah merangkap sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri.

Mengapa timbul cadangan Datuk Jumat? Sebabnya adalah hanya pada diri MP Sepanggar itu. Memang pada mulanya beliau disertai oleh 7 Ketua Bahagian Umno bagi kawasan majoriti Kaum Kadazan Dusun Murut (KDM). Akan tetapi ketua-ketua bahagian itu berpaling tadah dan tinggallah Jumat seorang.

Jumat dikhabarkan sedang membantu sebuah syarikat untuk mendapatkan projek bernilai RM2 bilion daripada Kementerian yang dikawal oleh Datuk Seri Shafie Apdal. Jumat faham betul daripada cerita-cerita kontraktor atau pemimpin tertentu atau individu tertentu untuk mempermudah mendapat kelulusan. Maka seseorang itu perlu masuk kem Datuk Seri Shafie Apdal dengan syarat memburukkan Datuk Seri Musa Aman. Inilah yang digunapakai oleh Jumat Idris sekarang. Sedangkan persepsi ini tiada fakta dan sukar dijustifikasikan dan susah dibuktikan kerana melihat secara umum bahawa hubungan Musa dan Shafie tiada masalah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook