Latest News

Monday 26 January 2015

DAKWAAN Liar Dan KARUT: Isu Banjir, Bantuan Dan Menteri!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Aq dgr dr kengkwn d BN, YB-YB BN... Oleh FB Page DEMI SABAH – Kelab penyokong Darrell Leiking (screenshot)

SEMASA banjir melanda beberapa kawasan di Sabah, semua para wakil rakyat terutama wakil rakyat kawasan dilanda bencana turut berada di kawasan masing-masing. Malah, sebagai penggerak utama bilik gerakan banjir.

Para wakil rakyat kawasan, masing-masing turut mendapat sokongan daripada  Ketua Menteri yang membuat lawatan  dan memantau keadaan. Bukan itu sahaja, turut memberi semangat kepada para mangsa agar dapat bersabar. 

Kawsan-kawasan yang dilanda banjir bukan sahaja menerima lawatan Ketua Menteri akan tetapi juga menerima lawatan Timbalan Perdana Menteri.

Malah, Tan Sri Muhiyiddin Yassin turut memuji kecekapan Jawatankuasa Bencana Alam Negeri, kerana begitu teratur dan cepat bertindak.

Jika dakwaan para wakil rakyat daripada pembangkang tidak melawat dan membantu; hal ini mungkin benar. Ini kerana, sehingga setakat ini tidak kedengaran sebarang berita pun bahawa para wakil rakyat pembangkang turun padang.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook