Latest News

Monday 5 January 2015

DAKWAAN PROJEK IC

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) P.K.R with Dtk Maijol Mahap menyuarakan tentang Project I/c... Oleh FB Justin Sompong (screenshot)

DATUK MAIJOL MAHAP Ketua Cabang PKR Kota Marudu akan berdepan saman yang dikeluarkan daripada rakyat yang termasuk di dalam siri Kad Pengenalan yang beliau sebutkan tersebut.

Laporan RCI hanya menyebut bahawa adanya kebarangkalian Projek IC. Akan tetapi, tidak pula menyebut tentang apakah yang sebenarnya sedang berlaku dan tidak juga menyebut tentang apakah jika kad pengenalan tersebut tulen ataupun palsu.

Jabatan Pendaftaran negara sudah berulang kali menyatakan bahawa kad pengenalan yang didalangi oleh sindiket pengeluaran Kad Pengenalan biru Sabah, sebenarnya adalah kad-kad yang dikeluarkan oleh mereka itu sebenarnya dikategorikan sebagai palsu, ini kerana tidak terdapat di dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara. 

Dengan itu, kerajaan memperkenalkan kad pengenalan baru yang bermutu tinggi daripada kad pengenalan bunga raya untuk mengenal pasti kad pengenalan yang telah dikeluarkan oleh sindiket.

Memang terdapat kad pengenalan yang mencurigakan dakwaan daripada Jabatan Pendaftaran kerana tiada dokumen sokongan semasa pengeluaran kad tersebut. Namun, jumlahnya tidaklah seramai seperti mana dakwaan daripada Maijol Mahap.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook