Latest News

Tuesday 20 January 2015

DAKWAAN PUAK-PUAK SSKM

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Bagaimna mana kita menentut hak-hak kita Oleh FB Luke JS Biajin (screenshot)

MENGABURI mata rakyat, memesong fakta merupakan dakyah yang dilakukan oleh SSKM dan mana-mana orang yang membangkang kepada kerajaan. Sebagai contoh, pemilik facebook adalah salah seorang penggerak SSKM. Apa sahaja dakwaan mereka itu, sebenarnya putar belit, tanpa berasaskan kepada fakta sebenar.

Mereka berusaha mengubah fakta sejarah, bahawa Borneo Utara yang dikenali sebagai Sabah selepas merdeka, diperintah oleh Kesultanan Brunei dan Sulu sebelum dipajak atau disewakan kepada The North Borneo Chartered Company (British).

Kesultanan Berunai/Brunei adalah Kerajaan Melayu dan Islam, demikian juga Sulu adalah kerajaan Islam. 

Semasa penjajahan British, ramai orang Melayu, Jawa, Bugis, Cina dan India dibawa masuk sebelum dan selepas merdeka, mereka ini diberi kerakyatan.

Kecerdikan British adalah penyumbang kepada jumlah penduduk Islam dan Melayu di Borneo Utara.

SSKM dan pihak tertentu mempertikai jumlah penduduk Islam di Sabah dan mendakwa ianya akibat kebanjiran PATI ke Sabah. 

Memang diakui, pertambahan penduduk Sabah terutama Islam adalah kerana penghijrahan semenjak zaman penjajahan. Perkara ini juga berlaku di Semenanjung, perubahan komposisi kaum di sana juga kerana faktor penghijrahan yang dilakukan oleh penjajah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook