Latest News

Wednesday 14 January 2015

Datuk Jumat Idris Dibidas


DUA pemimpin Umno Sabah membidas kenyataan Datuk Jumat Idris yang diluahkan melalui facebook pada dua hari yang lalu.

Kenyataan Ketua Bahagian Umno Sepanggar itu kononnya ada mencadangkan penggantian Pengerusi Umno Sabah daripada Datuk Seri Musa Aman kepada Datuk Seri Shafie Apdal adalah pendapat peribadi dan tiada justifikasi.

Ketua Umno Bahagian Papar, Datuk Rahim Ismail yang juga Ketua Penyokong ADUN di Dewan Undangan Negeri menyatakan bahawa kenyataan MP Sepanggar itu bukan sahaja tidak kena pada tempatnya, akan tetapi juga bukan cara dalam parti itu sendiri.

Sementara itu, Ketua Wanita Umno Sepanggar yang juga ADUN Karambunai merangkap Menteri Kebajikan dan Kepenggunaan Sabah, Datuk Jainab Ahmad kesal dengan tindakan Ketua Bahagian beliau itu.  Menurut Jainab,  Datuk Jumat mengaku sangat rapat dengan Perdana Menteri akan tetapi mengapa beliau mempersoal kuasa Perdana Menteri itu di mata umum.

Tindakan Jumat itu menurut Jainab, telah merosakkan usaha semua pemimpin Umno negeri untuk menyakinkan rakyat bahawa parti Umno adalah parti yang relevan dan membela rakyat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook