Latest News

Tuesday 13 January 2015

Datuk Jumat Kepala Besar Tetapi Akal Kecil!


DATUK Jumat Idris dapat wang kerana projek. Dia fikir semua rakyat juga mendapatkan wang kerana projek. Sebab itu, dia menuduh para menteri serakah yang kononnya makanan rakyatpun menteri rebut.

Sebenarnya, untuk membantu rakyat bukanlah melalui projek. Sebaliknya, rakyat dapat dibantu melalui program kerajaan yang diwujudkan melalui projek. 

Mereka yang mendapat projek, bukan banyak mana. Hanya yang berlesen dan kontraktor sahaja yang dapat projek. 

Sebagai contoh Projek Udang di Pitas, projek itu bernilai RM1.3 bilion. Tidak ramai yang mendapat projek tersebut, hanya sebuah syarikat sahaja. Akan tetapi, impak syarikat itu adalah kepada kawasan tersebut kerana dapat mewujudkan 1,500 peluang pekerjaan. Peluang pekerjaan inilah yang diperlukan rakyat.

Jumat keliru, bagaimana caranya untuk membantu rakyat. Dia berpendapat bahawa jika membantu rakyat, maka harus bagi projek itu tidak akan berulang

Kerjaya beliau hanyalah sebagai Ketua Bahagian Umno dan MP Sepanggar. Akan tetapi, projek tersebut diberikan untuk membantu ahli-ahli Umno dan rakyat di kawasannya maka bolehlah mencipta 'lifestyle' sendiri. Dalam fikirannya, kerana projek maka dia mendapatkan wang.  Kalau standard mungkin dia mendapatkan RM5 juta projek dan standard ahli parti RM5,000 ribu dan mungkin itu yang dimaksudkan sebagai projek bernilai kecil. Jadi bagi membantu rakyat, maka projek RM100,000 ribu kena bagi-bagi jika tidak... Itulah maksud beliau sebagai 'Menteripun ikut ambil'.

Beginilah kalau memberi peluang kepada seseorang yang tidak faham antara projek dan program membantu rakyat yang diterjemahkan melalui projek.

Jumat dengan sewenang-wenangnya mengatasnamakan pegawai kerajaan untuk berjumpa dia bagi meminta penukaran. Bolehkah? Pegawai kerajaan ada Perintah Am dan bukannya suka-suka orang politik boleh campur tangan hal tersebut. Lagipun, apakah merit beliau boleh mempengaruhi Ketua Setiausaha Negera atau Setiausaha Kerajaan Negeri dalam memindah kakitangan kerajaan. 'Inilah namanya Kepala besar, tetapi akal kecil'.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook